Assalamualaikum WBT
LAMBAT Sk memasak semalam. Bukan kerana sibuk buat dadih tapi sebab tak rancang awal nak memasak. Bila Sk whatsapp tanya Pak Inche, nak masak ke untuk makan malam, dia kata ya. Mintak masakkan Kari Ayam dan Ayam Goreng.. lama jugak tak masak lauk rasmi family Sk ni, hahaha. Ayamnya pulak masih beku lagi. Sk sampai rumah dah pukul 6, baru nak merendam ayamnya. Rasanya kena jugak la beli papan defrost tu, cepat sikit nyah bekunya 😍.
Tak sempat mesra kuahnya, 10 minit lepas siap memasak, dah mengadap nasi sepinggan seorang. Punyalah rajin, walaupun lambat tapi bawang dan halia Sk tumbuk guna lesung batu tau. Patutlah sedap sungguh kari ayam Sk semalam. Kari Ayam Bujang, alat-alat ayam sahaja, tak ada kentang, tak ada tomato, hehehehe.
Ayam Goreng wajiblah ada. Goreng guna minyak bukan air fryer. Baru-baru ni banyak bertebaran keburukan menggunakan air fryer berbanding menggoreng menggunakan minyak. Ahhh.. ghisauuu.
Kira lengkap la walaupun tak ada sayur. Malas nak menyinggah kedai beli sayur. Kalau dah lauknya Kari Ayam dengan Ayam Goreng.... memang licin la pinggannnn!! 😆😆😆
8 Comments
sedappp ni
ReplyDeletekalau ciknur kena ada tambahan he hee kicap
ngam nasi kuah kari buh kicap dan ayam goreng
Eh, samalah semalam Pak Inche makan boh kicap
Deletekalau dana kak salah satu tu je pun dh lengkap heheheheh... sejenis paling malas masak waktu hari kerja
ReplyDeleteKannn.. rasa balik kerja nak baring aje
DeleteKari orang bujang ni SA selalu buat masa duduk bujang di KL 3 tahun lepas...la ni kari SA dah x bujang dah
ReplyDeleteHaaaa.. mentang laaaa
DeleteRasanya sy pun dh 2 minggu x masak kari ayam sejak arwah mak mertua meninggal... selalu xde kat rumah kan??
ReplyDeletesedapnya.. pekat kari tu
ReplyDeleteBlog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih