MEE KUAH DAGING DI HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, 23 Syawal 1444H, Sk menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke 24 mengikut kalendar hijrah. Kalau ikut kalendar masihi, setiap kali menyambut anniversary, Pak Inche belanja makan di restoran ternaaaaahaaamaaaa tapi semalam dia minta masakkan Mee Kuah Daging. Dia cakap tu dari hari sabtu lagi, jadi, kita pun malas nak membantah. Sk cuma pesan beli bahan-bahan nak buat mee kuah tu kecuali daging, sebab daging banyak lagi dalam peti ais.


Bila ditanya, tauhu beli tak, Pak Inche jawab, lupa. Minta singgah kedai masa balik kerja, belikan tauhu. Sampai kedai, Sk teringat Pak Inche ni beli kentang ke tak.. patutnya telefon la kat kedai tu tanya, tapi macam... Kot dia tak beli karang, adalah bahan nak cari gaduh, kan 😆. Kot dia komplen kuah mee cair, dialah salah, siapa suruh tak beli kentang, gitu kekdahnya nak cari gaduh laki-bini. Syaiton suka tuuuuu!

Sampai rumah, eh, betullah, dia tak beli kentang. Padahal nampak dah dia jenguk dalam bakul kentang tu kosong, dia kata nak beli. Haaa.. nasib la semalam masuk pintu rumah, bukan main panjang harkat Sk bagi salam, menjunam jatuh Syaiton Dassim.. terus tak jadi bahan gaduh pasal tak beli kentang 😆.

Tapi tu la... daging punyalah banyak, dia rendam dua ketoi besar penumbuk jer.. sabar sajalaaaa!


Rebus daging dalam periuk noxxa, letak halia seketul. Sambil tu, goreng tauhu. Telur, Sk kukus dalam periuk nasi, kemudian Sk celur mee, sawi, fishcake pun dalam periuk nasi jugak, sambil-sambil sediakan bahan taburan, hiris cili merah, daun bawang dan potong limau nipis. Pak Inche suka perah limau banyak-banyak kalau makan masakan berkuah.


Untuk kuahnya, Sk tumis bawang putih 5 ulas, pes cili dan bawang setengah senduk, sup tomato 4 senduk, kemudian masukkan kiub pati lembu seketul, gula 1 1/2 sudu. Bila dah elok terbit minyak, masukkan air rebusan daging. Dah mendidih, masukkan tomato yang dipotong baji.


Makan dua orang jer tapi beli mee sampai dua bungkus. Sk celur sebungkus aje la.. Ingat nak hantar la rumah adik-beradik tapi lepas masak terus rasa nak pengsan! Tobat!!!!


Dua jam nak mengerjakan dia aje! Tu belum nak basuh periuk dan mengemas lepas makan lagi. Tak nak masak, kan.. kat mana pulak ada jual Mee Kuah kat Johor Darultakzim ni? Kalau Mee Goreng ke, Mee Bandung ke, Mee Rebus ke, senang la jumpa. Mee Kuah ni nak kena balik utara sana, baru ada orang jual, huhu. Tapi, tu la.. sedap pulak, rasa macam nak masak lagi, hahahahahaha.

Rindu pulak Mee Kuah Tulang Singkir Darat, hurmmmm.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. happy anniversary kak, moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.... nampak sedap memikat mee kuah tu

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun cikkak., aminn

    ReplyDelete
  3. Mee kuah ni rasanya masam ke kak? anyway, happy anniversary

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak perah limau banyak, tak masam walaupun letak sup tomato, ada rasa manis sikit jer.

      Delete
  4. Alhamdulillah...24 sudah. Memula tengok kad tu teragak dah macam kad kawin org lama-lama...ahaksss...tapi orangnya takdelah "lama" mana kan.

    Semoga Allah sentiasa hadirkan kasih sayang sesama SK dan suami disamping Iman tersayang

    ReplyDelete
  5. Eppi annibersari
    Nampak macam sedap

    ReplyDelete
  6. Ini la mee kuah yang SA naka belajar buat ni...tak terbuat2 lagi ni...aduhai..sabar jer la

    ReplyDelete
  7. Macam sedap laa. Happy Aniversary kak Sari~

    ReplyDelete
  8. Selamat ulangtahun perkahwinan SK & PI..
    Semoga SAMAWA till Jannah..

    Uiii...hebat SK pandai masak mee kuah..Saya walaupun sekapai PI tapi saya tak pandai masak kuah mee ni

    ReplyDelete
  9. Payment gateway integration refers to the process of connecting a website or application with a payment gateway service. This allows users to securely make online transactions, such as purchasing goods or services, using their credit or debit cards.

    The process of integrating a payment gateway typically involves the following steps:

    1. Selecting a payment gateway provider: This includes researching and comparing different providers based on their fees, security features, and supported payment methods.

    2. Signing up for an account: Once you have selected a payment gateway provider, you will need to sign up for an account to access their integration documentation and support.

    3. Obtaining an API key: Your payment gateway provider will give you an API key that you will use to connect your website or application with their service.

    4.Implementing the integration: The payment gateway provider will give you integration instructions, typically in the form of code snippets, that you will need to add to your website or application to complete the integration.

    5.Testing the integration: Once you have implemented the integration, you should test it to ensure that it is working correctly and that all transactions are being processed securely.

    It's important to note that different payment gateway providers may have different integration requirements, so be sure to carefully read and follow their documentation. Additionally, some providers may require additional steps such as compliance check and PCI DSS certification to be done.

    ReplyDelete
  10. happy anniversary..smoga bahagia till jannah...sedap mee kuah daging tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!