MASAK-MASAK & BERAYA DI 8 SYAWAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

DAH lama tak ajak ibu, Angah, Cik Ani dan Cikwa serta keluarga masing-masing makan-makan di rumah Sk. Puncanya, penyakit M besar sangat. Raya tahun lepas pun, tak jemput mereka datang, rasanya Cikwa jer yang datang tu pun makan kuih aje. Jadi, sebelum Cikwa balik ke KL, Sk ajaklah mereka anak-beranak datang ke rumah.


Asam Pedas Ikan Merah

Ikan Merah beli dari sebelum puasa sampai rupanya pun dah tak merah dah.. hahahaha. Hari tu, Sk beli cili kisar siap tapi demi nak masak asam pedas ni, Sk kisar cili kering sendiri. Lagi puas hati la guna yang kisar sendiri sebab yang beli siap tu tak pedas langsung dan rasa macam cili hidup pun iya jugak. Sampai berhingus Cik Ani makan asam pedas Sk, hahaha.


Udang Harimau Masak Lemak Cili Api

Beli udang di Pasaraya NSK sehari sebelumnya. Balik rumah, siang udang dan bersihkan siap-siap, supaya lebih cepat nak masak nanti. Sk kisar kunyit hidup dan cili api sehingga lumat kemudian lebur terus dalam periuk bersama udang, serai dan sedikit air, kemudian terus masukkan santan kotak, asam gelugor dan daun kunyit, kira ekspress laaa.. selalu Sk masak cara MACAM NI. Yang kelakar, lupa nak masukkan kacang buncis padahal beriya beli sebab nak masukkan dalam lauk udang, hahaha.


Sambal Taukua

Menu Tradisi keluarga mak mertua, atas permintaan Pak Inche. Memang kalau di sebelah sana, wajib ada hidangan Sambal Taukua ni atas meja. 


Kari Ayam

Mula ingat nak masak Asam Pedas Ayam tapi nanti ada pulak yang merajuk sebab tak ada lauk kari kegemoran dia, hahaha. Jadi, kita masaklah jugak Kari Ayam ni. Sk nak masak jer ayam yang ada dalam stok peti ais tu tapi Pak Inche kata, beli ayam baru. Pagi-pagi dia dah keluar pergi kedai, nak beli ayam dan sarapan sekali, sejam baru balik. Ku fikir dia ni pergi beli ayam ke sembelih ayam? Rupanya sampai ke Pasar Peladang (Skudai) sana, sajaaaa.. kata Pak Inche. Sk di rumah, dah siap tumis rempah kari. Lepas sarapan, terus bersihkan ayam dan campak dalam periuk noxxa, senang keroje.


Meja enam kerusi aje, yang ni kita hidang lauk siap-siap. Lupa nak ambil gambar masa tengah makan kat sini. Aduhhhh.. tengok salah satu pinggan tu, ada bekas ayam goreng siapa laa tu, curi makan, hahahaha. Ayam goreng tentulah wajib. 


Meja buffet la konon ni.. Ada juga ikan kembung goreng dan Sayur Pak Choy goreng dengan Sos Tiram serta ulam timun, tomato dan terung siam. Sambal Belacan Iman buat, sedap pulak sambal belacan Iman, haha. Pak Inche pulak, tukang goreng ayam. Perghhh... tak boleh bayangkan macam mana Dapur Asmara boleh masak sampai 60 jenis lauk setiap hari.


Syabas, tepuk bahu sendiri sebab mampu sediakan juadah nasi campur yang lengkap. 
Gedebak gedebuk, empat jam jugak baru siap hidang, hahaha.


Pinggan Cik Ani.. yang atas tu pinggan Cikwa. Alaaa.. nampaknya kena tambah dinner plate Portmeirion laaa, dah Cik Ani kena guna pinggan antik, hehehehe.


Maaflah, meja makan tak muat, kenalah makan di ruang tamu. Ialah, kami tiga beranak aje, karang beli meja doblas kerusi, lagi sembilan kerusi bersawang pulak, hahahahahahah. Abaikan la wallpaper koyak, tu semua 'majikan' punya onar.


Angah belum sampai kot masa ni, pergi jemputan pengantin kat Taman Setia Tropika. Sk, sibuk di dapur, begitulah jadi tuan ghumah.


Gambar ramai-ramai, lepas ni kami nak pergi beraya Rumah Tempua pulak. Alahai wallpaper akuuuuu.. ada jer baki wallpaper tu tapi mambang rajin tak mai. Tapi, Iman kata, dinding koyak tu seni, art berat gituh!


Eh, ada orang tampalkan wallpaper bagi santekkkk.. hahahaha. Nantilah, Sk betulkan, malas nak manjat, harapkan Pak Inche ngan Iman manjat, harapannnnn la.


Dah sampai Rumah Tempua. Sk pakai baju Sabella jer.. padahal dah pakai pergi kerja tapi malas nak salin baju lain. Rumah Tempua ni banyak kenangan, inilah rumah bapa dan ibu saudara kami, Pak Besar dan Mak Besar yang telah pergi terlebih dahulu. Rumah ni telah banyak diubah suai tapi Sk masih ingat lagi kekaguman Sk terhadap rekabentuk asal rumah ni masa Sk kecik-kecik dulu.


Rumah Tempua kini didiami sepupu Sk, Kak Gee dan suaminya Abang Omar, anak Arwah Pak Besar dan Mak Besar. Kak Gee ni tak silap Sk bekas guru, maafkan kalau salah. 


Semoga kita dapat bertemu lagi di Syawal tahun hadapan, insyaAllah. Kami balik duluuuuu, Kak Gee dan Abang Omar. Semoga Kak Gee dan Abang Omar sihat sejahtera dan berbahagia selalu.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tahun ini rasa tiada rumah terbuka. Selalu buat waktu seminggu raya. Ini sudah lebih seminggu. Lagipun ramai buat majlis.
    Hehe macam-macam rupa pinggan tapi cantik semua. Memang rajin masak macam-macam lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin sebab bayar hutang tak jemput datang rumah tahun lepas 😂

      Delete
  2. Syabas betty! masak macam-macam lauk..sedap2 semuanya...taukua, lama x dgr...

    ReplyDelete
  3. Banyak lauk tu, SK masak. Syabas atas usaha anda. Saya dah lama tak jumpa sambal taukua. 'kua' tu ada bunyi dengung sikit kan. Hehe..

    ReplyDelete
  4. aduh sedapnya menu semua ini kak oi

    ReplyDelete
  5. Ada alasan tu nak beli dinner plate pm tu lagi🤭
    Sambal taukua tu nostalgic tu...
    Rasa macam nak buat jugak la satu hari dihari raya,kulihat wajah suci ibuku..kulihat wajah kasih ayahku🎶🎵🤣
    Eh..Rumah Tempua tu apa maksudnya SK?

    ReplyDelete
  6. Alamak! Udang harimau tu.... mengaummm lah!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!