Assalamualaikum WBT
PENUTUP Syawal, kami anak beranak makan tengahari di Riang Ria Raya Buffet Lunch di GBW Hotel Johor Bahru. Tapi tapi tapi, bagi anda yang belum berkesempatan atau nak repeat buffet lunch di GBW Hotel ni, masih boleh lagi tau kerana promosi ini berlangsung dari 1 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2023. Kira-kira ada 10 hari lagi, mana-mana jabatan atau syarikat kecil di JB ni, masih sempat merancang untuk meraikan staf dengan acara makan tengahari.
Nasi Serai
Nasi berperisa ini dimasak menggunakan beras basmathi. Nasinya lembut dan sempurna masaknya.
Sedap sangat ya apabila nasi serai ini digandingkan dengan Ayam Percik.
Tambah pulak ada Udang Sambal ni, mak mertua lalu pun tak nampak, hahahaha.
Anda boleh juga ambil nasi putih makan dengan Kari Ikan dan Bendi serta pelbagai ulaman dan sambal.
Peminat Tempe tentu suka jika jumpa lauk Sambal Goreng Tempe dan Tauhu ni.
Gado-Gado favourite Iman.
Riang Ria Buffet Lunch sekarang ni ada promo beli 7 (dewasa) percuma 1.
Susah la nak move on dengan Nasi Impit, Lemang dan Sambal Kacang.
Lebih-lebih lagi bila berganding dengan Rendang Kambing.
Nasi Lemak Sambal Sotong makan pulak dengan Ayam Goreng Berempah.
Iman dua kali ambil Bubur Nasi.
Istimewa sangat Bubur Nasi di sini sebab ada Kangkung Belacan.
Tiga jenis minuman sejuk berperisa disediakan untuk tetamu juga minuman panas seperti kopi dan teh tarik.
Pelbagai jenis buah-buahan, kek dan kuih melayu.
Aaaa... suka sangat Kuih Bom dengan inti kaya pandan ni. Selalu jumpa bom inti kelapa.
Pelbagai jenis kek, tart dan kuih talam.
Custard Pai ni pun sedap sangat.
Do It Yourself
Cendol dan Ais Kacang.
Paling nikmat lepas lunch dapat pekena kopi atau teh tarik 😆
Ais Krim pun ada banyak flavour tau 💕
Orang Johor.. jom jom jom!
Bawa family, rakan atau orang tersayang makan tengahari di GBW Hotel Johor Bahru.
Promosi Buffet Lunch
1 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023
Harga :
RM43.00 bersih - Dewasa
RM27.00 bersih - Kanak-Kanak (6-12 Tahun)
RM38.00 bersih - Warga Emas (60 Tahun dan keatas)
Tempahan sebanyak 15 pax (Dewasa) dan ke atas akan menerima :-
1 x kek 1/2KGP
Pentas percuma
*Beli 7 (dewasa) Percuma 1
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi :
🏢https://linktr.ee/gbwhotel
⭐Mr.Syahmi : 016 710 0048
⭐Ms. Aiza : 016 723 3558
⭐Ms.Urfa : 016 710 0073
Dahsyatnya menu!
ReplyDeleteHarga pun mampu bayar untuk semua pelanggan.
Nasi serai, lemang dengan rendang kambing tu kita nak!
Comelnya gadis sirap bandung tu!
ReplyDeletemenarik nasi serai..mesti harum bau serai...
ReplyDeleteMeleleh air liur kita tengok.
ReplyDelete