Assalamualaikum WBT
ISNIN lepas, Fidah ajak makan-makan di Richiamo Coffee cawangan Taman Damansara Aliff yang baru dibuka. Selasa tu, Sk ambil Cuti Tahun, jadi kami pergi semalam (Rabu). Fidah hantar gambar menu kat whatsapp, suruh pilih siap-siap, supaya tak menunggu lama.
Hari kejadian, Fidahnya dah keluar dulu. Sk carpool berlima dengan Naza, Kak Imah, Aida dan Ayu (intern). Masuk-masuk restoran, tengok semua makanan dah siap terhidang. Cekap sungguh staf Richiamo Coffee cawangan Taman Damansara Aliff ni. Dalam gambar mengikut putaran jam, Spaghetti Aglio Olio pilihan Aida, Spaghetti Carbonara pilihan Sk dan Nasi Daging Masak Lemak Cili Api untuk Kak Imah.
Yang sana tu.. Spaghetti Salted Egg untuk Ina, Spaghetti Bolognese untuk Ayu, Nasi Asam Pedas Ikan Tenggiri untuk Fidah dan Nasi Ayam Masak Lemak Cili Api untuk Naza.
Aaaa.. nampak kotak kek Secret Recipe..
Makan dulu...
Lemak berkrim. Rencahnya sosej dan isi ayam. Hiasan minima dan kemas plating.
Boleh tahan sedap. Ada sambal belacan dan acar jelatah serta ikan bulu ayam.
Terpaling win la Aglio Olio ni. Siapa suka pedas, Sk rekomen la ambil menu ni jika ke Richiamo Coffee. Asam Pedas dan Lemak Cili Api pun sedap, kata mereka.
Kek dah dikeluarkan dari kotaknya. Fidah kata, kena order tiga hari sebelum.. nampaknya mereka dah lama rancang, kita yang lalai.
Kek Onde-Onde.. celebrate sekali dengan Kak Narimah yang sambut hari jadi 18 April.
Kami bertujuh staf pentadbiran dan kemahiran (wanita).
Kak Imah, 49 tahun, tahun ini. Tak sabar nak ambil duit epf tahun depan, dia kata. InsyaAllah.. Sk pun tak sabar juga 😆😆😆.
Pic by Naza.
Mastermind, tukang beli kek dan tukang potong kek juga.
Pertama kali makan kek onde-onde Secret Recipe.. sedap! Kebetulan dalam kereta ada piring kertas.
Ina bagi Jambangan Bunga.
Kak Imah bagi hadiah.
Aaaa.. dah lama berangan nak beli.. tak beli-beli sebab macam tak masuk akal harganya dan besar sangat pun ya. Yang ni Kak Imah bagi saiz mini, muat 10 biji telur, katanya.
Terima kasih semua yang meraikan. Semoga Allah swt memberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan dan kesejahteraan kepada kalian, Amiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Malu dan terharu 😆.
happy belated birthday kak...moga begitu dan begini semuanya baik2 untuk akak
ReplyDeleteAlhamdulillah dikelilingi orang yg baik-baik.. happy 7 ceria semuanya... happy belated birthday sekali lg kak SK
ReplyDeletetak pernah lagi makan nasi kat richiamo...selalu asal masuk situ je tekak auto jadi omputih ahakss
ReplyDeleteSeronoknya kawan- kawan raikan birthday kita kan..SA kat opis memang always take note birthday orang..bila tiba birthday sendiri..sorang pun x peduli dan sunyi sepi sampai la ke sudah...hahahahaha
ReplyDeletelama tk mkn kt richiamo...suka juga mkn sini...seronok bila dirai ramai2 kan..beso udang dlm aglio olio
ReplyDeleteHappy belated birthday, SK. Seronok ada kawan-kawan yang sambut bersama. Semoga SK sihat sokmo, murah rezeki dan dirahmati Allah.
ReplyDeleteBahagia rasanya dikelilingi rakan-rakan terbaik di dunia!
ReplyDeleteAssalam admin.. saya dr management RC Damansara Aliff baru terbaca artikel ini (May 2023) setelah 8 bulan diterbitkan.
ReplyDeleteTerima Kasih atas support pd Richiamo Coffee Damansara Aliff & tulisan yg menarik.
Harap dpt bertemu lg dgn admin di outlet kami dimasa akan datang.
Terima Kasih