Assalamualaikum WBT
SELEPAS check-out di VIP Hotel Segamat, kami terus menuju ke Bandar Putra bagi menghadiri Kenduri Sambut Menantu kawan Pak Inche, En Mansor. Sebelum pergi Segamat, Pak Inche minta pendapat Sk sama ada balik tu, nak singgah tidur di Muar atau Batu Pahat. Terlebih dahulu, beliau memujuk memaksa Sk mengambil cuti pada hari Ahad.
Sk cadangkan agar kami terus menghala ke Batu Pahat dan bermalam di sana sajo, supaya dekat sikit nak balik Johor. Pak Inche setuju, tapi urusan hotel, kononnya nanti walk-in jer la. Tapi bila dah balik dari kenduri tu, ehhhh.. dia ajak ke Muar dahulu sebelum ke Batu Pahat, nak jalan-jalan katanya. Jalan punya jalan, akhirnya kami dah memasuki daerah Ledang. Alang-alang dah sampai Ledang, baik ke Melaka terussss.. cadang Sk. Pucuk dicita ulam mendatang, kan.. Pak Inche memang tak menolak la kalau masuk Melaka!
Siapa suruh masuk Melaka?
Sk pilih Kuey Teow Campur saiz M, RM13.
Pak Inche ambil saiz L kau! Saiz L, RM16.
Menu baru, Dumpling, 6 biji, RM16. Intinya daging lembu kisar. Restoran ini memang menghidangkan 100% daging lembu yang dibekalkan oleh pembekal muslim yang mempunyai sijil penyembelihan haiwan ternakan.
Sedap tapi masin sikit intinya. Tuang sos cili tu, tak rasa masin sangat, sebab sos tu manis dan masam kan.
Macam luar biasa sedap dan banyak porsinya. Sk cakap dengan Pak Inche, agaknya sebab dorang dah nak tutup kedai, dah nak dekat pukul 5 masa kami datang ni. Sebenarnya, sebelum ke sini, kami dah check-in hotel dulu, sebab masih kenyang lagi makan kenduri, kan. Bagi lapar-lapar la dulu kononnya, barulah selera sikit nak makan, hahaha. Lepas makan, sambung jalan-jalan pulak kat Aeon Bandaraya.. sebelum balik semula rehat-rehat kat hotel dan nak bagi lapar-lapar lagi sebab nak jjcm untuk makan malam pulak, hahaha.. makannnn jer kerja ko, Sk!
Hehe menyimpang ke tempat lain Pak Inche. Patutlah bagi cadangan walk-in hotel.
ReplyDeleteSeronoknya berdating-datingan.
ReplyDeleteJalan-jalan dan makan-makan, eh....dunia ini kita yang punya kan hihihii.
merpati dua sejoli sentiasa terbang bersama..
ReplyDeleteSemoga bahagia hingga ke Jannah.
Dumpling tu kalau makan dengan sup sedapnya
Naik lapar saya tengok kuetiau sup. 😁
ReplyDeletePuashati makan ni, portion besar aksesori pun tak kedekut 👍
ReplyDeleteLagi 4 bulan lagi kita akan jadi merpati macam SK dan Pak Inche plak...masa tu nanti sure akan selalu JJCM...skrg je kita jeles skit..hahahahaha...kita pun dah pernah makan kat sini...nanti la kita nak repeat lagi
ReplyDeleteapasal menggoda sangat rupanya tu kak oi
ReplyDeletebanyak daging lembu...berbaloi-baloi...
ReplyDelete