HARI RAYA DI BULAN ZULKAEDAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

 Assalamualaikum WBT

ORANG Johor katakan, jangan kata dua hari, 40 hari pun dia sanggup makan Lontong. Sk la tu, orang Johor lain Sk tak tahu.. hihihi.


Rabu, hari yang makan Murtabak Cheese tu, Angah bagi Telur Pindang. Dah berangan ni, nak pergi kantin Kak Sab esoknya, sebab biasa hari Khamis ada Lontong. Memang ada.. orang Johor ni, selagi tak jumpa semula dengan bulan puasa tahun berikutnya, selagi tu la beraya. Setiap pagi kalau di JB ni, ada jer orang jual Lontong, cuma sama ada makan dengan Sambal Bilis aje, atau lengkap dengan Sambal Kacang, Rendang dan Serunding Kelapa, memang macam raya la, hehehe.


Pagi semalam, Lontong Kak Sab makan dengan sambal kosong aje. Pun dah cukup sedap makan dengan telur pindang, hehehe. Aaaa.. Sk siap tapau sayur lodeh tu tau, berangan la Jumaat esok (hari ni) nak sarapan lontong lagi.


Sambal Daging hari tu, Sk olah jadi Sambal Cengeng. Sambal Cengeng tu, Sambal Kacang. Macam raya hari tu la, Sambal Cengeng Sk letak Daging Tetel. Jadi, Sk cuma panaskan semula Sambal Daging Tuari dan letakkan kacang tanah kisar. Serunding kelapa, stok raya yang Cikwa beli kat KL. Panaskan Sayur Lodeh anak Pak Saleh, letak Sambal Cengeng Berdaging, Serunding Kelapa dan Telur Pindang.. perghhhh.. betul-betul macam raya laaah! Hahahahaha.

Selamat Hari Raya di bulan Zulkaedah.
😍

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lontong ni Fav En Tunang tapi bukan Fav SA...hehe..kena belajar buat lontong ke acaner ni...telur pindang tu dah lama x makan...

    ReplyDelete
  2. entah la sy mmg x leh mkn lontong sampai skrg. pertama kali cuba masa usia 19 thn oleh kwn yg asal Selangor tu... tp x leh makan la.

    ReplyDelete
  3. tak sempat nak repeat lontong lagi lepas raya haritu..seronok orang johor hari2 hari raya ye,kita tengok kot2 rajin bulan zulkaedah ni boleh buat lontong raya sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. kitorang Joho raya sampai puasa tahun depan, hihi.

      Delete
  4. Lama saya tak makan telur pindang. :) Mat ari raye, ye... cedapnya!

    ReplyDelete
  5. ya Allah sedapnya telur pindang kak oi

    ReplyDelete
  6. Ada lagi ke? Org Kedah nak tumpang beraya 😁

    ReplyDelete
  7. di sini jarang jumpa org jual lontong ada serunding kelapa...saya ada jemputan makan2 esok, jamuan raya bulan Zulkaedah kot...rezeki jgn ditolak..

    ReplyDelete
  8. rasa macam tak makan lontong kuah lodeh lagi sejak raya ni..lahhhh kena carik ke ni

    ReplyDelete
  9. Adoiiii ..ngences telur pindang tu...mana nak cari😭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!