Assalamualaikum WBT
TAK perasan pulak tertinggal cerita singgah makan Nasi Beriani Kambing ketika dalam perjalanan pulang dari Melaka beberapa minggu lepas. Pembaca setia blog tentu tahu dah perangai Pak Inche yang tak mahu ikut lebuhraya setiap kali balik ke Johor (jika dari Melaka). Kadang tu geram juga sebab perjalanan yang sepatutnya mengambil masa tak sampai dua jam, boleh jadi empat jam.. meleweh-leweh, hahahaha.
Ngam sampai Peserai, Batu Pahat, perut mula menunjukkan tanda-tanda mintak diisi. Sk mencadangkan agar kami singgah ke Medan Selera Benteng untuk makan. Benteng ni, bagi pembaca yang tidak biasa dengan Batu Pahat, merupakan sebuah medan selera yang terletak di tepi jambatan/ sungai Batu Pahat. Walaupun selalu dikecewakan setiap kali hendak makan nasi beriani di sini, namun masih tidak serik nampaknya.
Hehe... sampai tertidor ye...
ReplyDeleteMurah tu, SK. Sini, nasi beriani kambing paling murah 15 hinggit...
Lawan dengan sirap bandung pulak tu! Terbaik!
ReplyDeleteMurah naw tu kalau beriani kambing pun baru doblas ringgit ja..Biasa beriani ayam pun dh cecah namblas henggit
ReplyDeleteMurah betul harganya ye SK...aduhai..last sekali lolapppppp....
ReplyDeletesedapnya....byk pilihan nasi beriani di BP...
ReplyDelete