LAKSA PENANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

DUA minggu lepas tak silap, Cik Ani masak Laksa Penang, Sk tak ada masa tu, jadi, minta simpankan kuahnya. Hari Jumaat baru teringat nak ambil kuah laksa, haha... Tak ingat laaa suruh Cik Ani simpan.

Sebelum hantar Iman balik kolej semalam, singgah Aeon Taman U, beli jajan dia dan bahan ulam laksa sekali. Cuma beli salad, nenas dan timun serta telur yang memang dah kehabisan stok. Cili, limau, bawang, otak udang, benda dah ada.

Cik Ani bagi mee laksa sekali. Ni jenis laksa basah, Sk cuma celur beberapa minit dalam air panas untuk bagi dia lembut sedikit.

Kemahen banyak kuah laksa Cik Ani bagi, Sk panaskan separuh aje dulu. Lagi separuh kita frozenkan la, bila Pak Inche nak makan lagi nanti, boleh panaskan. Cik Ani memang selalu masak Laksam dan Laksa Terengganu, jadi nak buat kuah Laksa Penang ni, kacang aje la kot. Ni dia guna ikan selayang dan mackerel. Sedaplah kuah laksa Cik Ani, menepati selera Pak Inche yang cerewet. Amboi, mesti kembang bontot hidung Cik Ani baca.


Siap dah hidang atas meja. Pak Inche makan Laksa Penang mesti nak ada Otak Udang atau Petis. Cara makan orang Penang katanya. Cara makan keluarga mertua memang banyak dipengaruhi Penang berbanding Kedah. Tapi, Pak Inche tak suka bubuh nenas, Sk pulak yang suka ada nenas. Pak Inche kata, orang Kedah makan letak telur tapi tak bubuh nenas. Orang Penang makan letak nenas tapi tak letak telur, gituhhh. Tak tahulah betul ke tidaknya, hehehe. 


Sk makan LP, letak nenas dan telur, kira gabungan Penang dan Kedah, la kan.. Maaf la naa orang Pulau Pinang dan orang Kedah, jika fakta ini salah. Nak tunggu Mama Cella dan Puan Hazel komen ni. Orang Penang dan Kedah yang lain, pun silalah tinggalkan komen, hihi.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya antara orang yang tak makan laksa Penang.. Laksa Johor pun. Sama. Hihi

    ReplyDelete
  2. Tidak pernah makan letak petis. Saya makan semua walaupun letak nanas atau telur rebus.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap betul, kita esok nak masak laksa laa, adik-adik datang sokk..

    ReplyDelete
  4. ada otak udang tu sedap...suka ada telur ...nenas tu suka yg manis..kalo masam tk suka hehe

    ReplyDelete
  5. SA suka laksa letak nenas..dapnyaaaa...tapi x leh nak beza la mana satu utara ke..selatan ke..SA makan je asalkan sedap...lantak la depa nak letak utara ke apa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!