Assalamualaikum WBT
SEMALAM tengahari, Sk dan Pak Inche memenuhi jemputan Rumah Terbuka Hari Raya Pulai Springs Resort 2023. Tiap tahun Pulai Springs Resort pasti mengadakan Rumah Terbuka untuk klien dan media kecuali semasa PKP.
Terserlah kegembiraan Pak Inche bila makanan kegemarannya disediakan di Rumah Terbuka.
Tentulah Ketupat Palas dan Rendang. Yang ni Rendang Ayam.
Ramai beratur di Gerai Nasi Arab Kari Kambing, maklumlah.. tengahari, tengah laparrrr.. hahaha.
Nasi Arab disediakan bersama tiga lauk iaitu Kari Kambing, Lamb Shank dan Ayam Tandoori.
Kami sedondon berbaju biru tapi bukan baju raya 😆.
Tak menahan tengok itik di gerai sebelah meja.
Ambil dua ketul, Pak Inche tak makan itik, dia nanti teringat kat Donald Duck 🦆🦆🦆
Biar menyesal makan dari menyesal tak makan 😋
Spaghetti Carbonara dan Durian Goreng tu sedap sangat. Keria pun sedap. Puding Mangga sedap, Sago Gula Melaka pun sedap. Vanilla Blue tersodappp tapi ambil segelas jer, takut manisssss 😆😆😆.
Pak Inche ambil kambing golek. Seketul dia golek dalam pinggan Sk.
Memang padan sangat la pasta dinikmati bersama kambing golek yang lembut dan lunak.
Terima kasih, Charlotte yang cantik manis.. tak pernah lupa jemput tiap tahun.
Meh la layan video dari TT Mak Inche 😆
sweetnya akak matching dengan vanilla blue
ReplyDeleteKita betul-betul lupa Kak openhouse ni semalam, dah rsvp dah huhuhu.. ternampak geng cina upload mengucap panjang kita.. sebab dalam group pun tak yang tanya siapa pergi hahahahhaa
ReplyDeletewrap with inti itik panggang....menarik..
ReplyDeleteComel la Charlotte tu...wah SK sedondon ngan Pak Inche erk...suka tengok org pakai sedondon kemana- mana...
ReplyDeletesedap-sedapnya menu kat Pulai Spring.Tak dan pergi hari tu tau
ReplyDeleteBaru nak tulis,macam setiap tahun ja SK ke sini..
ReplyDeleteRupanya memang betul yer..hihihi
Bukan bajunja sedondon ngam PI..ayaq pun sedondon🤣
Mewah menunya...heaven
Bersemangat sunguh PI...kiri kanan dengan pinggan. Aduhai itik.... selalunya kalau Fuad balik kami masakkan itik. Entah kenapa hari tu bila tengok harga satu kg RM58, terus tak jadi beli. Satu ekor itik harga RM169! Teruknya harga itik, kalahkan harga daging batang pinang!
ReplyDelete