MENGINAP 2D1M DI NOBLE RESORT HOTEL MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

Balik dari Kenduri Sambut Menantu En Mansor

SEBAIK sahaja Sk mencadangkan agar kami terus ke Melaka, Pak Inche terus suruh Sk mencari hotel menggunakan aplikasi Booking.com. Setelah menimbang-nimbang, kami memilih untuk menginap di Noble Resort Hotel Melaka. Tak ingat kali ke berapa dah Sk menginap di sini, rasanya tidak kurang lima kali.. hotel favourite Sk dan Pak inche jika ke Melaka.

Kali KEDUA

Kali KETIGA

Kali KEEMPAT

Kali pertama tak jumpa link, mungkin post kat FB aje. Dulu-dulu kan ada zaman malas blog, hahahah.


Kali ni dapat bilik Tingkat 15. Sebelum-sebelum ni tak pernah teringat nak taip nombor bilik, kali ni kita taip la. Bilik kami mengadap Selat Melaka tapi bukanlah cantik sangat pemandangannya sebab ada bangunan terbengkalai kat situ, hehehe. 


Pandangan tembus ke bilik air kerana dipisahkan oleh dinding kaca. Bilik ni bidainya masih berfungsi lagi. Pernah duduk bilik yang kaca tu dia dah tutup sepenuhnya dengan sticker sebab bidai tu dah rosak, huhu. 


Bilik untuk dua tetamu tapi hotel tak kedekut sediakan empat botol air minuman. 


Cantik bungkusannya.


Pandangan dari dalam bilik air pulak. Ruang tandas terpisah dengan dinding dan berpintu.


Gambar lepas balik kenduri. Tak bergambar pulak di rumah pengantin. Sebenarnya Sk terkesima bila mengetahui bahawa mereka sekeluarga ni kenal rapat dengan Pak Inche, ingatkan cuma rakan sekolah rupanya berjiran. Pak Inche kata, dulu dia siap jadik informer setiap kali kakak En Mansor nak dating kat taman, hahaha.


Petang tu, baru la siap-siap keluar pergi makan di Sup Lembu Tangkak. Restoran tu kat Melaka tau, bukan di Tangkak. Hurmmm... Gemuknyaaa lepas raya ni!


Sarapan di Noble Hotel ni jarang-jarang la mengecewakan. Eh, kita pernah sahur kat sini jugak, tak tahu la mana link-nya.


Macam selalu, pinggan pertama, American Breakfast.


Dah rajin ambil nasi lemak hotel, hehehe. Sambal dia tak sedap.


Ambik dodol dan wajik sirat.


Ambik nasi goreng dan ofkos mee goreng serta Cappucino. Minum jus sampai dua gelas. Perghhh.. melantak tak ingat duni kau, Sk! Hari ni pulak ada jemputan raya, esok dan lusa pun ada makan-makan lagi. Memang ke laut laaa diet, roti hijau bila nak beli???

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. abis raya nanti la baru beli kak...roti ijau tu xpe snts ada,jamuan raya ni stahun skali je hahaha

    ReplyDelete
  2. 1/6 nanti baru start diet balik....hehehe..lain la SA ni ha...kena jaga makan..4 bulan lagi uiiii

    ReplyDelete
  3. Makan je la, SK. Hidup untuk dinikmati. #apaitudiet

    ReplyDelete
  4. Laaaa...ingatkan sup lembu tu kat Tangkak🤭
    Tu dok fikir...kenapa la dah elok gi Melaka,boleh makan sup kat Tangkak🤣

    ReplyDelete
  5. Terasa ingin nak menginap di sinilah nanti kalau jalan-jalan ke Melaka. Macam best jew.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!