NASI GORENG SIANG MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

SERONOKNYA laaaa.. cuti bersambung-sambung, dari cuti hari raya membawa ke cuti hari pekerja dan hari ini pula, cuti Hari Wesak. Kononnya, ada orang tu, pagi ni nak keluar sarapan sama-sama kat luar, tapi.. hampeh.. memasing malas nak bersiap. Terpaksalah bonda sediakan sarapan. Nasi semalam pun ada, jomlah kita menggoreng.


Nasi Goreng Ayam Goreng. Kelmarin ada goreng ayam, berbaki tiga ketul kecik, Sk campak dalam kuali sekali. Untuk bahan tumis, Sk guna pes cili kering dan bawang kisar serta tumbuk cili padi, nak pedas-pedas kan, minum pulak nescafe panas, phewwww.. lap peluh terus.


Yang ni pulak, Nasi Goreng untuk makan malam kelmarin masa cuti Hari Pekerja. Tengaharinya Sk panaskan belen-belen lauk Masak-Masak 8 Raya tu, tambahkan Daging Kicap untuk Pak Inche, ada belen daging kicap tu la, Sk campakkan dalam nasi goreng ni, hehe. Untuk bahan tumis, Sk cuma tumbuk bawang putih dengan segenggam cili padi.

Sungguh versatile la nasi goreng ni, kan.. nak makan malam boleh, nak makan pagi pun bolehhhh.. campak jer apa-apa rencah walaupun telur sebiji, malas-malas pun jadikkk!

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ada pula ulam terung siam tu laju je makan tak sedar sarapan pun makan bertambah

    ReplyDelete
  2. Betul sesangat! Senang dan mengenyangkan! Sedap nasi goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng sudahlah terpuji
      Seluruh negara seluruh negeri
      😂

      Delete
  3. Menu paling simple, campak campak je bahan..

    ReplyDelete
  4. bersambung2 cuti..budak sek 2 hari jew..pastu cuti lagi 3 hari..panjang rasa cuti raya tahun ni ..hihii nasi goreng ni klu campak2 pun sedap jew ..llg buat pedas2 ..ngam

    ReplyDelete
  5. menggoda siap ada ulam terung lagi nasi goreng nya tu lahai

    ReplyDelete
  6. Sedap betul makan nasi goreng.
    Bulan Syawal ni, baru sekali saya masak nasi goreng.

    ReplyDelete
  7. Sedap kan terung siam tu makan ngan nasi goreng...

    ReplyDelete
  8. lauk belen2 mmg sedap buat perencah nasi goreng...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!