GATHER2 RAYA @ RUMAH HUDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

HUDA jemput datang Open House di rumahnya. Huda ni, siapa yang mungkin masih ingat merupakan rakan sepejabat Pak Inche. Dah kenal Huda ni hampir 25 tahun jugaklah. Walaupun pangkat adik-adik, tapi hubungan kami rapat juga. Mengandung anak sulung pun saing-saing, cuma anak Huda lahir 20 hari awal dari Iman dan masuk sekolah lebih awal sebab lahir pada 1 Januari.


Huda bertudung biru. Yang berkaca mata tu, Kak Sapura, dulu staf pentadbiran Berita Harian/Harian Metro Johor Bahru. Dulu-dulu, nak minta buku nota, filem (kamera), alat tulis, semua dengan Kak Sapura. 


Sk makan Laksa Johor. Suami Huda, Ariff yang masak Laksa Johor ni.


Pak Inche pulak makan Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah, juga Ariff sendiri yang masak.


Cerita pasal hantu kat office 😆.


Roti Jala Kari Ayam dan Bihun Goreng Putih. Ada Bihun Goreng Merah jugak.


Desserts!


Kebetulan datang serentak dengan kawan-kawan Pak Inche yang lain.


Chef Ariff.. pergi mana-mana mesti nak melompat, hahahaha.

Terima kasih, Ariff & Huda sudi jemput kami. Dahlah tu, Huda bagi baju pulak, hadiah hari jadi katanya, maceh Hudaaaa ❤️❤️❤️

Kredit Foto : Huda & Ariff

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampak sedap tu makanannya...rezeki SK dapat hadiah birthday ye...

    ReplyDelete
  2. muka serius semua bila cerita hantu hahaha

    ReplyDelete
  3. Semakin di hujung Syawal, semakin banyak jemputan rumah terbuka.. 18 Mei ni open house di jabatan saya pulak.. hihi

    ReplyDelete
  4. Hebatnya chef Arif..
    Untung Huda...
    Kawan Huda pun untung jugak..dapat makan sedap🤣

    ReplyDelete
  5. Rezeki berganda ni... datang beraya dapat makan dan oleh-oleh baju!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!