MENGOPI DI KAFE YARD & CO PENGERANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


YAYYYY! Minggu ni kerja tiga hari sahaja, esok Khamis, balik pukul 3.30, Jumaat cuti, yabedabedooo!


Jom sambung baca kisah jalan-jalan ke Pengerang..




Lepas check out dari Lotus Seaview Beach Resort, kami tidak terus balik ke JB. Alang-alang dah sampai Pengerang,  jom la kita singgah ke Kafe Yard & Co, yang viral di Pengerang dan terletak di tepi laut.




 Duluuuuu.. pernah sampai sini nak mengopi la kononnya. Masa tu, masih PKPB, Yard & co ni baru viral, tapi ramai yang tengah tunggu giliran untuk dine in.  Jadi, kami fikir nak datang lain kali. Setelah beberapa tahun, hahaha.. baru berkesempatan datang lagi ke sini, huhu. 



Datang lain kali ni pun ramai jugak, walaupun mereka dah besarkan kafe yang betul-betul besar, tetaplah full house. Berderet yang menunggu nak masuk. Seorang staf mencadangkan agar kami duduk di luar. Pak Inche tanya, kalau duduk luar, boleh 'sapkoktang' tak? Boleh, jawabnya. Laju-laju PI ajak duduk luar, mujurlah cuaca redup walaupun di luar tu tak ada pokok-pokok atau payung.




Jika nak dine in di dalam, kita perlu imbas QR code untuk ambil nombor giliran.  Jika dah duduk di luar ni, tak perlu ambil nombor dah, terus boleh imbas QR code menu dan buat pesanan secara dalam talian. Boleh pilih sama ada nak bayar terus secara online atau bayar di kaunter. Salah satu kemajuan selepas pandemik Covid 19 bagi memastikan penjarakan sosial.




Sk pilihkan minuman sejuk 'Off Duty Mermaid' (RM16.50) untuk PI. Sedap dan menyegarkan, masam-masam manis rasanya. Yang penting, tak mengelat dengan letak ais banyak-banyak.




Lebih luar biasa sedapnya bila disedut sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi.



Tuan Tanah Kedaung mesti nak minum minuman panas. Tapi, kekontangan idea nak pilih apa, sudahnya, macam biasalah, Rose Latte (RM12). Yang sejuk pun ada jika suka sejuk. Sk suka panas sebab nakkan latte art dia tu.



Upon A Waffle (RM19.90).

Masih kenyang bersarapan di hotel, Sk tak bercadang untuk ambil makanan berat. Hurmm...sedap jugak makan ice cream waffle. Asyik terliur tengok iklan ice cream waffle A&W di papan iklan lebuhraya, kan.. kita makan waffle Y&C jer la. Waffle dia lagi kerlasss okeh, ada taburan buah strawberries dan blueberries serta disediakan semangkuk kecil kekacang. Lama jugak tunggu waffle ni dihidangkan, sampai luak rose latte separuh cawan tapi bila kunyah waffle yang gebu tu, fahamlah kenapa lambat kerana ia disediakan dengan begitu teliti.



ROMANTIS


 Jalan sambil bergandeng tangan
Lalu berdansa sambil pelukan rasa, oh
Angin berbunyi, nada seperti lagu cinta
Kutulis tentangmu
Kita bikin romantis, bikin paling romantis
Sambil bermain mata, turun ke hati, hatinya jatuh
Kita bikin romantis yang paling romantis
Sambil gandengan tangan, hati pelukan di angan syahdu
Awan ikut menari-nari (romantis)
Sambil merayu lupakan ada waktu, oh
Angin berbunyi, nada seperti lagu cinta
Kutulis tentangmu
Kita bikin romantis (dansa), bikin paling romantis (berdansa)
Sambil bermain mata, turun ke hati, hatinya jatuh
Kita bikin romantis (dansa) yang paling romantis (berdansa)
Sambil gandengan tangan, hati pelukan di angan syahdu
Lihat ke langit, bintangnya berkedip-kedip
Semua merasa sepenuh hati
Ada di sana (ada di sana, uh-oh)
Dari mata yang selalu berkedip-kedip
Terlalu senang, terlanjur sayang
Harus aku katakan
Kita bikin romantis, bikin paling romantis
Bergandeng tangan, bermain angan yang syahdu
Kita bikin romantis (dansa) yang paling romantis (berdansa)
Sambil gandengan tangan, hati pelukan, oh-oh
Kita bikin romantis (sambil bergandeng tangan)
(Lalu berdansa sambil pelukan rasa)
Oh, makin romantis (ikut menari-nari)
(Sambil merayu) sambil merayu (lupakan ada waktu)
Kita bikin romantis (kita bikin romantis)
Kita bikin romantis
Kita bikin romantis (kita bikin romantis)
Kita bikin romantis

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. romantis sehhh... kena menuntut ni...

    ReplyDelete
  2. Terasa romantis tu sampai ke Gombak ni hah 😆

    ReplyDelete
  3. jeles la tgok SK dating ngan PI...x pe..Sabtu ni kita pi datanag plak ye...sambut bday ngan suami kita

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!