MAKAN DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN MASAKAN CINA MUSLIM

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


HARI Jumaat hari ini tak seperti hari Jumaat yang lepas-lepas. Tak banyak masa untuk me time hari ni, banyak kerja yang menanti. Berderet-deret perkara yang hendak diselesaikan, ialah, Isnin ni kan raya haji. Mujurlah bos bagi cuti khas pada hari ahad. Tapi kalau tak ada cuti khas tu pun, Sk dah mohon cuti dan dah diluluskan pun. Bila memo cuti khas dikeluarkan, dapatlah semula cuti tahunnya, hehehe.



Malam tadi, Pak Inche ajak ke port baru, di Taman Senai Utama. Masa baru sampai tu, Sk dapat rasakan mentol dan lampu-lampu dalam kedai tu terangnya lain macam sampai menyakitkan mata. Sk agak sensitif pada cahaya lampu yang terlalu terang, nanti mulalah datang migrain. Sekali tup-tup, black out pulak restorannya. 




Tak lama lampu menyala semula. Dapatlah baca menu. Tapi, lepas tu bergelap balik, hehehe. Kami duduk di meja luar kedai, terdengar pulak guruh di langit tapi staf yang ambil pesanan tu beritahu, semalam guruh macam tu jugak tapi tak hujan. Memang betul kata dia, semalamnya kat rumah kami pun ada guruh tapi tak hujan. Jadi teruslah duduk di luar, tapi tak lama hujan pun rintik-rintik. Hah, semua yang duduk kat luar mula bangun nak masuk dalam restoran. Yang tragis, yang dah dapat makanan laaa.. huhuhu.


Cukup pakej, hujan, malam dan black out, huhu. Kesian tengok staf-staf melilau bawa makanan yang dah siap cari meja pelanggan yang dah berpindah. Dahlah gelap, dorang pulak tak ada lilin ke.. nasib baik kami-kami ni ada yang nyalakan lampu suluh di handphone masing-masing.







PI makan Mee Wantan Kering. Dua biji wantan dengan inti yang padat diletakkan dalam pinggan mee dan tiada wantan dalam sup berbeza di Restoran Jasmin, wantan diletakkan dalam sup sahaja.  Wantan di sini besar dan padat intinya walaupun dua biji, wantan di Restoran Jasmin, walaupun banyak tapi intinya secoet. Jadi, ada pro n kontra.

Sk makan Mee Kari Nyonya. Sebenarnya menu yang sama dengan menu yang Sk makan sebelum ini di Restoran Secret Recipe dan Teo Soon Kopitiam. Ah, suka sangat pulak makan menu kuah-kuah ni sekarang. Cuma, kuah kari Nyonya di restoran ini semalam, banyak sangat santannya, terrrrlalu lemaksss. Agaknya pasal black out kot jadi terlebih tuang santan, hehehe. Tapi, Sk puji la staf semua tetap komited menjalankan tugas walaupun dalam gelap.

Sk pesan jugak Ngar Heong iaitu Inti Seafood dalam balutan tauhu kering tapi lambat siap dan mereka pun belum buat, lalu Sk batalkan pesanan tu. Mungkin datang lain kali boleh cuba dan makan dim sum jugak.


Restoran Nasi Ayam Hainan Cina Muslim (cawangan Senai) bukan sekadar Nasi Ayam sahaja, ada banyak menu seperti:

-Sup kambing/ Sup Gearbox
-Mee Rebus
-Bubur kampung Set
-Nasi Lemak
-Wantan Mee
-Ikan Bakar
-Pau & Dimsum

Lokasi: 
No.1251, Jalan Senai Utama 1/1, Taman Senai Utama.
             
Waktu Perniagaan : 
12.00 tengahari - 10.30 malam

(Cuti setiap hari Selasa)

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah macam candlelight dinner dgn PI pulak ye hehe. Kedai2 patut standby lampu rechargeable mcm lampu camping kot2 benda mcm ni terjadi.

    ReplyDelete
  2. sudahnya mkn dlm gelap ye...kalo menu jenis panas lg la berpekuh2 ye....

    ReplyDelete
  3. sy suka mkn nasi ayam hainan tp x jumpa di kelate. last mkn di sabah pd 2001. nak buat sendiri isteri plak x mahu buat. huhuhuhu....

    ReplyDelete
  4. fuhh cabaran betul demi ayam hainan XD follower baru kat sini so hello~

    ReplyDelete
  5. Romantiknya depa berdinner, disinari cahaya handphone ahak 😆

    ReplyDelete
  6. Kita bikin romantis....paling romantis!

    ReplyDelete
  7. Sayang harus mati lampu yaaa. Kalo mati lampu begini tak enaknya susah nak foto makanan 😄😄.

    Mee kari kalo terlalu banyak santan memang jadi eneg makannya, terlalu lemak

    ReplyDelete
  8. Romantik betul dinner SK ngan PI...hehehhe..sesekali erk..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!