Assalamualaikum WBT
HARI Isnin kelmarin, Sk masak Asam Pedas Ikan Pari. Terpaksa rajin masak sebab hari ahad tu Sk tengok dalam peti sejuk, Pak Inche ada beli bunga kubis dan putik jagung, tu kalau tak dimasak segera, lebamlah jadinya. Teringat juga dua tiga minggu sudah, PI beli ikan pari, tu pun kalau dibiar lama-lama entah jadi apa 😃. Lagipun ada Iman, Iman penggemar Asam Pedas Ikan Pari.
Sk lebihkan bawang sebab tak nak pedas sangat kuahnya. PI sekarang pesan jangan masak pedas-pedas, puncanya buasirnya dah datang balik. Tapi, ada kawan Sk tu tak makan pedas pun kena jugak, tu yang pelik. Masa bercuti ke Kuantan hari tu, buasir PI agak teruk jugak dan kami ke Kedai Seng Seh cari ubat. Penjual di Seng Seh tu beritahu, jika buasir, elakkan makan kacang. Lepas tu baru teringat, PI makan banyak tempeyek, itulah penyebabnya rupanya, bukan biji lada.
Chap Chai.. rupanya PI cuma beli putik jagung dan bunga kubis semata. Mujur ada cendawan hitam kering tu, jadilah Sayur Chap Chai tiga bahan. Mujur ada cili merah dan daun bawang, berseri sikitlah sayurnya, hahaha.
PI singgah pasar malam sebab Iman kata nak Taufufa. Kalau dah sampai pasar malam, tahulah, bukan taufufa saja tapi dia beli kerang, vadei, roti canai dan popiah basah.
Asam Pedas dan Sayur Chap Chai. Asam pedas Sk letak daun limau purut, tak ada pulak menanam pokok kesom kat rumah ni. Nak pergi kedai semata nak beli daun kesom memang bercintalah, hahahaha.
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:
Ikan Pari (potong kecil), jika boleh perap sekejap dengan pes asam jawa dan bilas). Ikan Pari Sk ni baunya fresh betul, jadi Sk tak perap dengan asam jawa.
Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
12 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia (ketuk, pecahkan)
1" lengkuas (ketuk, pecahkan)
2 batang serai diketuk
Minyak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya
1/2 tbs pes asam jawa (Sk guna adabi)
1/2 tbs garam
4 helai daun limau purut, buang urat daun
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama halia, lengkuas dan serai hingga terbit minyak.
2. Tambah air secukupnya, biar ia merenih hingga terbit minyak lagi sekali.
3. Masukkan ikan pari dan pes asam jawa, biar mendidih.
4. Masukkan daun limau purut dan garam, biar merenih dan ikan empuk.
5. Tutup api.
Sayur Chap Chai tu, Sk cuma tumis bawang putih dan masukkan sos tiram serta semua bahan, tambah air sedikit untuk melembutkan bunga kubis dan putik jagung, siap!
Kerang ni PI yang rebus. Sk tak makan sebab malas nak kopek. Lagipun nanti hilang feel makan asam pedas, hehehe. Tu takpa, siap makan roti canai rendam dalam kuah asam pedas, pehhhhh!
Boleh try resepi asam pedas ikan pari ini..
ReplyDeletekalau kerang tu, direbus dicicah air asam... nikmatnye...
ReplyDeletepari gulai .... yumm yumm yummm...
lama tk mkn kerang rebus...kt umh ni kalo ikan pari fav husband & MIL...
ReplyDeleteDah lama tak makan asam pedas ikan pari. Nanti boleh request.
ReplyDeleteRindu nak makan kerang rebus. Kalau balik kampung memang inilah yang dicari tapi sekarang saiz kerang kecik jew.
ReplyDelete