RABOKKI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



CIKWA belanja Iman Mee Segera perisa Rabokki. Jujur nya, Sk sendiri baru tahu kewujudan Mee Segera berperisa Rabokki ni. Lebih teruja ianya adalah buatan Malaysia.


Tapi.. panjang jugak kisah bungkusan mee segera yang dibeli melalui aplikasi Tik Tok Shop ni. Ianya dihantar salah alamat oleh rider. Sudahlah salah alamat, alamat yang dikemaskini dalam sistem pun salah juga membuatkan parcel tidak dapat dijejaki.


Ceritanya, Cikwa dapat mesej dari TT bahawa bungkusan telah dihantar, tapi tengok gambar, nombor rumah betul, tembok rumah lain. Alamatnya, No XX, Jalan 10/1. Jalan 10/1 tu lot kedai ya. Sk cari dari lorong ke lorong dari 1/1 sehingga 9/1, tak jumpa rumah nombor XX yang temboknya sama macam dalam gambar. Rider pula tak dapat dihubungi. Sudahnya berserah sajalah pada rezeki. 



Malam, balik dari Makan Sup Kaki Lembu, tengok parcel ada atas meja di ruang tamu. Pak Inche kata, dia balik, memang dah ada dalam pagar. Terima kasih la pada tuan rumah yang tolong hantarkan parcel tu ke rumah kami. Masih misteri alamat mana dihantar sehinggalah minggu lepas, Sk ternampak tembok rumah yang sama macam dalam gambar tu masa lalu lorong belakang rumah sebab elak khemah orang kahwin di lorong rumah Sk. Rupanya, rider hantar salah lorong, tapi masukkan alamat lain. Tak bertanggungjawab betul!








Rabokki ni diviralkan oleh pempengaruh jutawan, Khairul Aming.


Kita terai la sedap tak sedap.. buh telur mata sebiji.


Lentok habis pulak telur mata, ingat nak letak tepi tapi melorot pulak, mujur tak pecah kuning dia, hahaha. Rata-rata p3mp3ngaruh kata sedap tapi bagi Sk, sedap lagi Maggi Tumis kot. 
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kiranya Rabokki ni memenuhi selera generasi Y & Z kot.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha saya dah tunggu2 sedap ke tak.. ternyata sedap Maggie lagi ya kak 😅. Pdhl berharap sedap, nak beli juga kalo ke Malaysia 🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!