Assalamualaikum WBT
MASA Iman balik sempena minggu ulangkaji dua atau tiga minggu lepas, Iman ajak beli Shawarma Mahgoub di restoran baharunya di Nong Chik. Shawarma Mahgoub ni agak femes jugak di JB, gerai asalnya terletak di sebelah Restoran Yasmeen, berdekatan dengan pagar belakang Hospital Sultanah Aminah. Pernah jugak Sk beli shawarma ni masa arwah ibu dimasukkan ke wad PP3 awal tahun ini.
Sebelum keluar ke Mahgoub tu, kami tiga beranak makan dulu Sup Tulang Merah yang berbaki lagi tiga ketul dengan roti Perancis. Agak kenyang jugaklah kalau nak makan shawarma tapi tak apa, sebab kami pun memang nak tapau jer. Dalam perjalanan Pak Inche kata, nak makan dessert. Ingatkan dia nak makan kek ke.. puding ke.. banana split ke.. bukan, bukan kek, dessert dia kata. Bagi contoh dessert, boleh? Cendol 😁. Mana mahu cari cendol malam-malam? Sk teringat ABC di Gerai Tip Top BBQ, lalu kami terus ke sana.
Sedapnya nampak abc & ais jagung tu.
ReplyDeleteAduuussss... sedapnya sotong kangkung!
ReplyDeleteWalaupun tak banyak isi laici kang tu tetap menggoda.
adoii tiba2 anak tekak kita nak makan rojak cakoi ngan laichikang tu...
ReplyDeleteSelamat menjamu anak tekak
ReplyDeleteAsyik terbabas jerr Kak nak singgah Maghbob tu, bila dah terbabas malas nak pusing hahahaha..
ReplyDeletesuka la ais jagung menu iman tu...lg byk jagung lg ummmppppp
ReplyDelete