MAKAN DI WARONG ABAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 



KISAH 10 hari lepas, Pak Inche ajak makan di Restoran Jasmin. Lama tak makan di sana tapi kedainya tutuplah pulak. Dekat-dekat Restoran Jasmin ni ada sebuah warung yang menjalankan perniagaan di lot parkir, lalu kami ke sana. Pernahlah sekali singgah tapi tak dapat makan sebab makanan dah habis masa tu, hehehe.






Ada nasi lemak daun pisang. Nasi lemak sedap, lengkap aksesorinya.




Pesan semangkuk Sup Gearbox Kambing, kongsi berdua.



Tapi tentulah PI yang makan lebih, ahaks!




Menu di Warong Abah. Teringin pulaklah nasi goreng dia.. bahan-bahannya ditumbuk di situ jugak menggunakan lesung batu bersaiz besar.




Malam tadi punya cerita, Sk makan Nasi Goreng Kampung Telur Mata Kerbau! Sedaplah nasi goreng, patut tak berhenti orang datang order nasi goreng. Tak menang tangan ya mereka menggoreng nasi.




Iman pesan Nasi Goreng Daging. Oh, sama aje rasa rencah dia cuma Iman punya ada daginglah.

Pak Inche pulak makan Mihun Goreng, tapi tak habis sebab dia makan jugak Sup Rusuk Kambing, Sk jadi majlis bandaraya habiskan mihun PI.



Nasi goreng Sk ada separuh campur nasi Iman separuh, kami tapaukan sekali dalam satu bekas bawa balik. Hari ni dapatlah berbekal Nasi Goreng Telur Mata, hehehe.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya sup gearbox kambing..ada straw utk sedut lelemak tu yg best

    ReplyDelete
  2. Tumbuk rencah mesti rasa dia lain kan.. macam Mak-Mak pepagi menumbuk..

    ReplyDelete
  3. Terliur nampak sup gearbox tu yummy!

    ReplyDelete
  4. Terliur nengok PI beriya sedut sumsum dalam tulang gearbox tu 😄

    ReplyDelete
  5. Samalah bekal kita hari ini SK. malam tadi Encik Suami bawa pulang nasi goreng beli di warung tapi sebab semua sudah kenyang, simpan sajalah dalam peti sejuk. Pagi tadi panaskan, dan buat bekal ke tempat kerja. Bezanya SK telur mata, Kak Amie telur dadar.

    ReplyDelete
  6. guna perencah tumbuk utk nasi goreng...sedap tu..

    ReplyDelete
  7. nmpk nasi goreng kampung tu sedap je., ni tgh mlm ke ;p

    ReplyDelete
  8. Tak ada rezeki dapat makan di kedai Jasmin, dapat makan sedap di warung abah pun rezeki juga ni. Nasi lemak bungkus daun pisang jarang tak sedap. Bagusnya kedai ni masak nasi goreng guna bahan tumbuk. Memang sedaplah cerita dia kan. Tapi letih juga nak menumbuk tu kalau banyak order.

    ReplyDelete
  9. hebat kedai ni masih guna lesung batu....tu mesti kalau mintak nasi goreng cili api kaw rasanya. sekarang ni banyak kedai kalau mintak NGCA...alahaiii cili tu dia potong je buat rasa-rasa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!