TAYAR PANCIT KENA PAKU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum WBT 




MASA nak masukkan Sup Tulang Merah dalam kereta petang semalam, Sk terperasan tayar belakang sebelah kiri pancit. Allah! Mujurlah Sk hantar STM tu ke kereta awal-awal sebab takut terlupa dan tertinggal. Selalunya, lagi 5 minit sebelum pukul 5 baru bergerak ke kereta. Mujur jugak nak masukkan STM tu ikut pintu sebelah kiri sebab biasa tak banyak barang, terus duduk di kerusi pemandu.


Sk terus call anak buah di pejabat, Faiz. Faiz dalam perjalanan balik ke kolej kerana bekerja di luar kawasan. Sk cari nombor telefon Siti, pengajar automotif tapi nombor telefonnya tiada dalam contact. Ialah, Sk kan baru tukar telefon, bukan beli baru  tapi percuma dengan menukar plan baharu celcom. Minta nombor Siti  dari Fidah dan beritahu juga tayar pancit. Telefon Siti tak dapat, Fidah tolong telefon Wan, seorang lagi pengajar automotif, minta bantuan segera.


Tak lama, Wan sampai bawa tiga pelajar. Mujur belum waktu pulang  lagi. Masa ni risau jugak tayar spare okey ke tidak. Oh, ni kali kedua tayar sebelah kiri belakang ni kena paku. Kali pertama boleh baca DI SINI.



Nasib baik tayar spare tu okey. Lega sungguh. Wan pesan pergi pam tayar dan jangan lambat-lambat tampal tayar asal dan tukar semula dengan tayar spare. Sk minta Pak Inche teman ke kedai tayar di Taman Mutiara Pulai, suruh PI bersiap-siap.



Teringat ada kedai tayar sebelah Pet Outlet dekat Taman Pulai Makmur. Masa lalu nampak kedainya buka, terus singgah. Cakap PI tak jadi ambil dia sebab dah jumpa kedai tayar, baiklah terus buat. Sebenarnya dua kali jumpa kedai tayar buka tapi tak yakin nak singgah, huhu.


Nasib baik cedera ringan jer. Keluarkan paku dan tampal. Kemudian dia rendam tayar dalam air cari kot-kot ada bocor di tempat lain, syukur tak ada.


Oh, kedai tayar sendiri rupanya, hahaha.


Abang ni muka takde senyum. 


Lepas tampal, tak payah suruh dia tahu apa nak buat. Terus tukarkan semula spare tyre tu dan Sk minta dia tolong pamkan spare tyre sebelum disimpan semula di tempatnya. Jumlah perlu dibayar, RM8.

Ya Allah, aku bersyukur bila diuji dan bermuhasabah diri namun janganlah kau timpakan aku dengan ujian yang berat-berat kerana aku tak mampu memikulnya, Ya Allah... Amiiinnn YRA.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Innalillahiwainnailaihirojiuunnnn

    ReplyDelete
  2. dugaan pancit tayar ni sebagai cabaran kehidupan je mak encek., hehe

    ReplyDelete
  3. dugaan...mujur bukan kena tempat yang jauh dan susah nak urus

    ReplyDelete
  4. Kita pun terkena aritu tp nasib baik pasan cpt kt rumah cousin.. terus g cr kedai tayar

    ReplyDelete
  5. Lin paling takut kejadian gini laa Kak, lagi-lagi kalau tengah bawa kereta, aduii camne ekkk nak buat.. memang ku tinggal naik Grab balik hahahaha

    ReplyDelete
  6. Eh murah sikit dari tempat saya, RM10. haritu kena paku jugak masa nak pergi kerja. Nasib baik ada yang datang tolong

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!