AYAM SAMBAL & KENTANG GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


BILA Pak Inche minta masakkan Sambal Ayam, kita kasi onz sajalah sebab kadang malas jugak nak bersiap untuk keluar malam. Tahulah, perempuan ni complicated, banyak benda nak kena sarung dan sapu ke badan dan muka. Lainlah orang lelaki, sup sap sup sap, dah siap! Kita, kalau tak cukup sarung, berdosa nampak aurat. Kalau tak sapu bedak gincu ke muka, terus nampak macam nenek kebayan, Sk la tu. Cemburu tengok orang yang muka dah sedia cantik, tudung senget ke, tak pakai bedak dan lipstick pun tetap rupawan.




Ayam Sambal, masak hari ahad, beberapa minggu lepas. Ayam PI dah siap perap garam dan kunyit, tinggal goreng dan disambalkan. Kebetulan ada sikit stok cili kisar sekejap aje la menyambalnya. Ayam berapa ketul aje pun, dua kali makan baru selesai, hehehe.


Lepas tu PI keluarkan kentang dah siap dikupasnya dari peti sejuk, nak goreng katanya. PI ambil pula pisau dan cutting board nak hiris kentang, patutnya sagat aje senang, Sk cakap.  Lepas tu, PI tanya, mana sagat? Ah, malas pulak nak keluarkan, hiris jer la nipis-nipis, kata Sk, hahaha. Macam tu la kalau dapur nak kelihatan kemas, semua benda kena sorok dalam kabinet, masa nak guna, bercinta pula nak keluarkannya. Lainlah jika guna penyagat hari-hari, bolehlah gantung depan hidung senang nak capai bila nak pakai, hahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. walaupun simple tapi boleh bertambah makan menu ni

    ReplyDelete
  2. Mengekek saya baca ayat last hehe

    ReplyDelete
  3. Simple macammni yg buat bertambah makan ni

    ReplyDelete
  4. Hahahaa... samalah saya SK. Kalau nak keluar tu paling malaslah nak bersiap sebab banyak sangat yang nak disarung, ditepek dan sebagainya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!