Assalamualaikum WBT
HARI ini merupakan hari lahir Cikwa yang ke dot dot dot. Cikwa muda 5 tahun dari Sk. Sebelum Cikwa, ibu ada mengalami keguguran, lepas tu lama baru Sk dapat adik, hahaha. Ingatkan dapatlah jadi anak bongsu tapi jadi anak busuk pulak, itulah selalunya usikan yang Sk dapat tapi tak pernah pulak ambil hati. Busuk pun busuk lah 🤣.
Rancangan nak meraikan hari jadi Cikwa ni ideanya dari Cik Ani dan Angah sejak awal bulan Jun. Sk beritahu Pak Inche dan PI setuju nak ikut, kebetulan bila tengok jadual liga, tak ada perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Disebabkan tarikhnya pulak jatuh pada hari bekerja, kami pilih untuk buat kejutan hari jadi pada hari Sabtu lepas. Bagi memastikan Cikwa duduk diam-diam tak pergi mana-mana, Cik Ani pun buat helah nak tumpang bermalam di rumah Cikwa sebab ada jemputan kenduri saudara Che Li di KL.
Sk dan Angah pula akan bermalam di hotel dan Angah menyerahkan pada Sk tugas menempah bilik. Sk teringat, Mak Cella selalu promot buffet di Ideas Hotel KL, jadi Sk rancang untuk ambil Hi Tea Buffet dan sekaligus bermalam di Ideas KL. Tapi... kalau ambil hi tea, berapa hari pulak nak stay di KL? Tentu-tentulah time hi tea tu selepas check out, kan. Lepas tu, Sk terfikir, lagi jimat kalau buat masa sarapan, dah jimat kat situ sebab harga bilik dah termasuk sarapan untuk 2 orang dan harga buffet breakfast juga lebih murah dari hi tea, hahaha. Sk minta pendapat PI, kita ganggu tetamu lain tak agaknya kalau buat birthday party kat cafe waktu sarapan, PI kata tak, jadi kita onz!
Check in pada malam Sabtu lepas, eh.. tersuka pulak tengok penerapan warna hijau pada dinding dan fluted panel yang dipasang di kepala katil. Katil bertiang menghidupkan gaya klasik begitu juga corak hitam putih pada lantai di hadapan pintu masuk. Lain kali kalau ada urusan di KL boleh tidur sini lagi. Jalannya pun taklah sesak sangat berbanding jika menginap di Bukit Bintang. Yang terpaling best, hanya perlu menyeberang jalan sahaja untuk ke pusat beli-belah Sogo. Zaman remaja dulu, tak sah pergi KL jika tak ke Sogo ya, feeling sangat tengok air terjun kat dinding Sogo tu, tak tahulah sekarang masih ada tak, hahahaha.
Malam tu, kami pergi Sogo sekejap, lepas tu jalan-jalan la sikit kat depan tu, tengok busking sekejap, kemudian tak tahu nak makan mana, PI kata ada kedai mamak situ tapi kami tersalah arah, patut belok kiri sampai hujung, barulah jumpa kedai mamak tapi kami belok kanan, yang banyak kedai kain, Muaz, Globes, haha. Sikiiiiiiit lagi Sk nak singgah, hahahaha. PI kata, kita pergi makan kat Chulia Kopitiam jer la, kat lot tepi dalam Sogo tu. PI pesan semangkuk Mee Udang, Sk macam kenyang jadi pesan karipap aje seketul tapi karipap nya habis pulak. Malas nak tukar dengan makanan lain, kita ngecek mee PI sudah.
Sedaplah jugak Mee Udangnya, mangkuk pun lawa. Sk sukalah kalau makan dalam mangkuk lawa kan, hahaha. Bagi orang lain, apa ada pada mangkuk tapi bagi Sk, Sk sanggup bayar mahal untuk makan dalam pinggan dan gelas yang cantik. Sk fikir jugak, malam tu kot-kotlah PI ajak pergi Nasi Lemak 222 kan tapi lepas tu sama-sama malas nak keluar dan ditambah risau nanti balik parking penuh.
Sudahnya, memang Sk tak makan apa-apa la malam tu dan ni la penyebab kenyang.. petang dalam perjalanan tu kami singgah makan Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari tapi Sk makan ayam la. Bagi Sk, kalau makan dengan kari kambing, rasa nasi arab tu tenggelam pulak. Lebih suka makan kosong aje macam tu.
Kalau dah namanya birthday, mestilah nak kena ada kek, kan. Tapi, mana nak cari kek, bukannya tahu kedai kek yang ada kat KL ni jadi plan asal lepas check out baru beli kek dan bawa pergi rumah Cikwa. Sekali, ada Secret Recipe sebelah kopitiam tu. Pun.. fikir 10x nak beli kek sebab tak ada tempat simpan. Peti ais hotel manalah dapat menampung kek SR, hahaha. Lepas tu, tengok, ada petit cake cuma agak mahal la, banding kalau ambil saiz 9" tu memang rasa berbaloi tapi setelah berfikir ini sahaja pun peluang yang ada nak beli kek, Sk beli jugak, dia tanya, nak tulis apa-apa, SK suruh tulis cam ni ajelah sebab ingat tak muat, rupanya dia tulis atas plastik tu, kemudian, tunjuk pada Sk dulu sebelum masuk dalam kotak. Comel betul!
Legalah dah beli kek kecik, ingat kecik boleh muat peti ais, tak muat jugak, hahaha. PI kata, keluarkan dari kotak.. haaaa.. baru muat. Kadang-kadang geliga jugak kepala otak PI tu, boleh buat batu cincin, hahaha. Sk ni jenuhlah nak sumbat kek dengan kotak dalam peti tu.
Malam tu, singgah restoran sekejap nak booking meja untuk buffet sarapan, tapi staf kata, free seating. Aisehmannn... Jadi, esoknya, pagi-pagi Sk dah bersiap. Kalau selalu tu, pukul 8.30 ke atas baru nak keluar bilik tapi pagi tu, sebelum pukul 8 dah turun, hahaha. tetamu dah ramai tapi mujur masih ada banyak meja kosong di ruang tepi belakang, dapatlah siapkan meja, cantumkan bagi cukup. Sk keluarkan kek dan letak siap-siap atas meja sebelum Cikwa sampai. Cikwa memang tak tahu yang Sk dan Angah tidur kat KL malam tu, hahahah.
Okey, semua dah ready cuma Angah belum turun. Cik Ani dah dalam perjalanan bawa Cikwa. Dia kelentong cakap kawan dia ajak sarapan, bagi voucher free. Sk ambil makanan dulu, pinggan pertama haruslah western. Dia punya menu setanding dengan hotel terkemuka tapi pinggan mangkuk dia mantap, macam kat hotel 6 bintang!
Harga promo buffet sarapan bulan Julai, RM45 (dewasa), RM32 (warga emas) dan RM25 (kanak-kanak). Harga berubah setiap bulan, masa Mak Cella post dulu, Sk tengok RM40, dah naik RM5, huhuhuhu.
Sk tubuhkan grup whatsapp baru supaya mudah nak bincangkan plan kitorang nanti tapi tahu tak, dua tiga kali Sk kantoi, yang kelakar, Cikwa tak perasan langsung plan kitorang ni.
Orang kata, kalau adik-beradik tu rapat, maknanya mak ayah dia tak tinggalkan harta, betul ke?
Ilham dan Cikwa
Seorang lagi yang terkena kejutan, Jeika. Ni kalau ada rahsia jangan cakap depan dia sebab suka tershasul, hahaha.
Iman dan Izzat tak dapat join sebab dua-dua tengah periksa.
Confetti Rainbow by SR
Kek 7 lapis warna pelangi berukuran 4.5". Setiap lapisan ada cream cheese dan topping dengan buttercream perisa vanilla, memang sedap!
PI kata, nasi lemaknya sedap. Sk ambil nasi lemak sambal lebih dan kuey teow goreng. Pedas kuay teow tu, nasi lemak pun sedap cuma sambalnya macam tumpah gula, hahaha. PI sukalah tu sambal manis letting! Banyak lagilah makanan yang Sk tak ambil, ada mee sup, roti canai, bubur, pastriesss, semua tak ambil.. tahulah SK ni cepat kenyang dah remaja purba ni (tipu!)
happy birthday to cik wa
ReplyDeletesamaa la kan zaman dulu2 excited la ke Sogo tu hehee tp ni rasa dah lbih 10 thn tak jejak sogo
Hb cikwe
ReplyDeleteMeriah sungguh makanan2nyer
Yg ke dot dot dot pulak....
ReplyDeleteAlaa, bagitau la....
Happy Birthday Cikwa 🎈
ReplyDeleteSeronok tengok adik beradik SK, rapat semuanya 👍
Happy birthday Cik Wa, moga yang baik-baik itu ini buat Cik Wa ..
ReplyDeleteOo nanti ke KL boleh try laa stay sini ..
happy belated birthday cik wa
ReplyDeletehappy birthday cik wa...pernah mini lunch buffet kt ideas hotel ni
ReplyDeletePasti happy nih cikwa dapat kejutan 🎉🎉😄. Cantiiik pula kue dari SR ini. Dah lama tak beli cake SR. Saya suka juga cake mereka
ReplyDelete