Assalamualaikum WBT
HABIS cuti tahun Sk digunakan sepanjang bulan ini. Tiga minggu berturut-turut ambil cuti setiap Ahad dan sempena Iman tamat peperiksaan semester minggu lepas dan bermula cuti semester tiga bulan. Isnin, Sk ambil cuti lagi, tu yang habis terus cutinya, hehehe.
Memang dah janji dengan Iman nak bawa dia makan
Nasi Kandar Kampung Melayu pada bulan 8 tapi tercepat perginya bulan Julai pulak, terlanjur dapat jemputan
Majlis Resepsi Hafiz dan Nadia. Mujur jugaklah Iman pun dah habis periksa masa ni. Kami mulakan perjalanan dari JB petang selepas balik kerja dan singgah bermalam di
Garden Roof Hotel, Ipoh. Ini kali kedua kami bermalam di sini. Ambil bilik family (1 Queen Bed + 1 single bed), harganya RM147/malam.
Esok pagi tu plan nak sarapan di
Salmah Kopitiam tapi kecewa betul bila dah sampai kedainya tutup pulak sedangkan kalau ikutkan jadual sebenar tutup pada hari Isnin. Mujurlah Salmah Kopitiam ni dekat jer dengan hotel kami menginap. Malas nak fikir tempat lain, kami terus menuju ke
Restoran New Hollywood di Taman Canning. Macam biasalah kalau ke sini PI akan pesan Mee Udang dan Iman makan Pan Mee. Sk pula makan Kuey Teow Goreng, dah RM7.50 ya sekarang, dulu zaman
Iman belajar di Politeknik baru RM5 sepinggan.
Dari Ipoh, kami menuju ke Kuala Kangsar, PI nak makan di Rumah Makan Yeop tapi bila Sk baca review, ramai yang bagi komen negatif. Sk mencadangkan kami singgah di Rumah Atap Kuning yang juga terletak di Kuala Kangsar dan jika ada rezeki nak makan berhidang. Dua kali kecewa apabila Rumah Atap Kuning juga tutup, rupa-rupanya tetamu perlu membuat tempahan awal dan terhad kepada 50 pengunjung sahaja pada satu masa.
Sejukkan hati dengan
Cendol di Stesen Keretapi Lama Taiping. Selain tu kami pesan juga sepinggan Pasembur dan semangkuk Mee Rebus, kedua-duanya sedap. Iman makan Waffle Coklat. Mula masa buat pesanan tu, dia kata, lambat, jadi Iman kata, tak apa kalau lambat. Sk cakap, tak apalah lambat pun, kesian anak kita nak makan, kita tunggu jer tapi tak lambat pun, siap sampai dulu dari Mee Rebus, hehehe.
Hotel penginapan kami kali ini
Mercure Penang Beach. Kali ke berapa tah menginap di sini sejak namanya
Four Points by Sheraton lagi
. Kali ini tak dapat bilik Seaview, tak kisahlah dapat hillview pun sebab kalau seaview malam-malam pun gelap juga, hihi. Alasan nak sedapkan hati tu. Walaupun namanya menginap di Penang Beach tapi kami tak cecah pun kaki ke air laut, malas, hehehehe. Cuma petang tu, balik dari makan nasi kandar adalah turun sekejap ke pantai tak sampai 5 minit pun agaknya terus naik bilik.
Jarang-jarang berlaku, Sk sarapan Nasi Lemak di hotel, hahaha. Selain nasi lemak, Sk makan juga kuey teow goreng. PI dan Iman tak makan banyak sebab nak simpan perut makan kenduri, katanya. Dah makan kenduri, lamalah pulak nak tunggu giliran bergambar dengan pengantin sampai jadi lapar balik, hahaha.
Jalan kaki tengah panas dari Pasar Chowrasta ke Penang Road Famous Laksa ni. Restoran ni ada Sijil Pengesahan Halal Jakim ya.
Bagus sistem kat sini, beratur dulu dan nanti ada staf yang ambil pesanan makanan dan minuman secara manual. Bila dah ada meja, barulah kita masuk dan tunggu pesanan sampai. Jika ada nak tambah pesanan pun boleh masa dah duduk tu.
Semangkuk Laksa Penang. Memang lain rupa kuahnya dari Laksa yang biasa Sk makan, yang ni kuahnya lebih merah tapi Sk tak sempatlah nak rasa betul-betul kuah tu sebab PI dan letak otak udang banyak-banyak.
Selain Laksa, ada Seafood Omelette untuk Iman dan Kueyteow Goreng untuk Tuan Tanah Kedaung! Dua kali Sk makan kueyteow goreng hari tu. Dahlah semalamnya pun makan kueyteow goreng jugak, hahaha.
Sedaplah kueyteow goreng dia. Sk suka kueyteow wok hey macam ni. Tapi tak habis makan, bungkus bawa balik hotel. Imannya pun sama tak habis makan Omelette tu, nampak sikit tapi padat betul, lagipun panas sangat campur penat berjalan, nak makan pun tak selera sangat.
Selain menu restoran ada juga menu sampingan pembuka selera yang kita boleh pesan dari penjaja berhampiran. Nanti mereka akan datang bawa menu untuk kita pilih, bayar selepas pesanan dihantar ke meja.
Malam tu, kami ke Padang Brown, layankan PI ni la balik-balik sini jugak yang dituju walaupun Sk sebenarnya nak makan tempat lain, menyampahhhhsss tapi makanlah juga Mee Goreng Sotong dan Pasemburrrr. Mee Goreng tu kongsi dengan Iman. Kami kalau ke sini memang terus ambil set pasembur, malas nak pilih-pilih. Set ni RM15, berbaloi la dari pilih-pilih lepas tu kena 35 hinggit, hahaha.
Esoknya tu, kami check out awal kira-kira jam 9 pagi, hahaha. Rasa rugi betul check out pukul 9 sebab biasanya kami lepak-lepak dulu tapi tak apalah, bukan selalu. Sarapan pun makan sikit aje. Puncanya kerana mantan bos PI ajak sarapan Nasi Kandar, hahaha. Beliau baru sahaja menamatkan perkhidmatannya dan berhajat nak belanja kami semua makan alang-alang dah ada kat Penang, kan. Ingatkan dia nak ajak lunch, rupanya brunch! Jadi, risau tak sempat nak balik hotel semata untuk check out lagipun jauh jugak dengan jammed lagi kan, tu yang kami buat keputusan check out pagi. Tu nanti Sk cerita entry lain la ya.
betul-betul food hunting ni SK , owh kena reservation dulu ye Rumah Tangga Kuning ni, tq for sharing teringin juga nak pii satu hari nanti, In Syaa Allah..
ReplyDeletebaru plan nak pi Rumah Tok Yeop tu bila balik kpg..oo..ada komen negatif...best kan JJCM kat Penang...boss saya pun cakap sedap nasi kandar Kampung Melayu...
ReplyDeletesronok tu jjcm...mcm2 menu di terjah tmptnya
ReplyDeleteFuh…menggoda sungguh tayangan makanan Sk ni tau 😋
ReplyDeleteTak pernah sampai Padang Brown tu walau lebih 3 tahun menetap di Penang 😄
Betul2 trip JJCM ni. Rindu nak JJCM di Penang 😃
ReplyDeletemmg nampak sedap kueh tiow tu... susah betul nak jumpa yg bebetul sedap. biasanya bila order CKT mesti dapat yg banjir teruk.
ReplyDeleteTempat nikahnya di area Mercure kah kak? Jauh juga staynya dari komtar 😄. Kemarin papa saya juga stay di Mercure Penang krn nak berobat di hospital mirriam cancer.
ReplyDeleteSaya pernah coba laksa penang road itu, tp jujur tak sesuai dengan rasa. Laksa penang ini memang saya picky sangat. Pernah ada yg saya sukaaaa di gurney, tp dah tak jualan pula.
Cuma cendolnya saya suka lah. Segaaar memang. Manis pun pas.
Bila la nak buat food hunting macam SK ni...
ReplyDelete