MENGINAP 3H2M DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


SYUKUR.. Alhamdulillah,  Majlis Resepsi anak saudara Pak Inche, Zariz dan pasangannya Mira telah selesai dengan jayanya malam tadi. Penat betul badan dibuatnya walaupun sekadar berdiri menyambut tetamu, rasa tak boleh bengkok sendi-sendi lutut ni, hahahaha.




Buat kesekian kalinya kami menginap di Concorde Hotel Shah Alam. Kali terakhir menginap di sini masa Majlis Perkahwinan Diana dan Shaharin, anak sepupu Sk, Abang Abid. Kali ni dapat bilik di aras 6 dan macam biasa request view Masjid Shah Alam. 




Damai jer setiap kali memandang kubah dan menara masjid ni.





Dalam perjalanan ke Shah Alam dari Melaka, singgah sebentar di Kopi Saigon, Seremban buat kerja.


Berhampiran Kopi Saigon, ada restoran nasi padang. Selesai buat kerja, kami terus makan di Restoran Bundo Kanduang Masakan Padang. Air Asamnya unik dan sedap juga.


Harga agak berpatutan, RM22.50 sama macam hargamaskahwin di Johor.




Petang-petang, pergi makan Rojak dan minum Cendol di Subang Jaya. Geram jer tengok lori durian kat sebelah tu tapi tengah batuk pulak, karang jadik ubat, naya! Tu pun lupa diri ni siap minum cendol semangkuk seorang.



Sebelum maghrib, tapau Hotdog di 1901 Plaza Shah Alam yang bersebelahan dengan hotel cuma perlu menyeberang jalan.



Ehhhh... tak habis makan lagi tu. Pukul 11 malam keluar ngedate ngan Cikwa di Medan Selera Jalan 223 pekena nasi lemak daun pisang dan sup kambing, hahaha.





Sarapan buffet hari pertama, tak ada lontong macam selalu.




Majlis resepsi sebelah malam, petang tu sempat makan roti telur di Restoran Subaidah bersebelahan dewan sebab hari tu cuma makan sarapan aje, kelaparan sudah.




Balik dari Majlis orang kahwin boleh singgah Q Bistro pulak sebab makan awal malam, kan. Bila Majlis dah mula memang tak sempat nak makan pusingan kedua,  hahaha.






Buffet sarapan hari kedua, masih kecewa sebab tak ada lontong, mujurlah ada Mac & Cheeseeeee!


Nota kaki: Rasa macam salah tajuk aje pulak entry ni 😅
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rindunya nak makan hotdog 1901 tu memang kegemaran.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha tajuk hotel Concorde, isi makan makan luar hotel ekk Kak hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Kenyang kami jamu mata dgn entry Hotel Concorde ni SK ahak 😆
    Tahniah utk kedua mempelai dan seisi keluarga 🌹

    ReplyDelete
  4. payah la kak nk jumpa lontong kt sini... tp belah shah alam ptt ada kan heheheh

    ReplyDelete
  5. tajuk kena "nak makan lontong tapi lontong tak ada"

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!