KARI MACAM ORANG KAHWIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


HARI kedua selesema, kapsul herba jenama Hurix yang Sk beli semalam dah habis dua papan. Sepapan tu ada 6 butir, sekali makan bagi dewasa 3 butir setiap 6 jam. Ni nanti sekejap lagi nak cari lagi la kat kedai, tak tahu kedai mana ada jual kat kawasan Tampoi ni. Kalau dekat taman perumahan Sk, memang ada jual di mini mart mamak. Setakat ni, cecair selesema yang keluar masih jernih lagi, tidak ada gejala yang teruk-teruk. Minta-minta begitulah jangan sampai melarat dan mudarat, Amiiinnn YRA.



Petang semalam, Pak Inche hantar whatsapp, balik kerja singgah kedai beli ubi kentang. Dia dah potongkan daging. Haaa... taulah tu, mesti nak minta masakkan Kari Daging. Sk pun suruhlah kupaskan sekali bawang besar dua biji. Semalam, PI sarapan tosei di Restoran Thoufeeq. Sk ingatkan dia, panggil tukang paip perbaiki salur sinki dapur yang bocor dan salur air masuk ke tangki tandas di master bedroom pun nampaknya bocor jugak sampai membuak-buak air keluar. Tu yang bil air macam tak logik lebih RM20 sebulan, padahal selalu baru dalam RM12 jer. Syukur, kerja-kerja pembaikan siap sebelum Sk sampai rumah. 

Sampai rumah, terus menyingsing lengan la, masak nasi dan tumis rempah kari. Selain beli kentang, Sk beli jugak tomato nak campak dalam kari. Dah sampai kedai, kan.. takkan nak beli kentang aje. Beli la tisu, kopi uncang dan entah apa lagi, sampai dekat tiga ploh hengget, padahal kentang tu tak sampai RM3 pun, hahaha. Bila masak kari lengkap dengan kentang dan tomato macam ni, terus teringat pada dua orang kawan Sk, Su dan Linda. Su dan Linda ni dulu masa bujang tinggal serumah, satu hari Su mintak resepi Kari Ayam dengan Sk, Sk pun share la resepi yang lengkap dengan kentang dan tomato macam ni. Linda kata, macam Kari Ayam Orang Kahwin ni, hahaha. ialah, dorang bujang trang tang tang masa tu. Haaa.. sekarang memasing dah beranak dua tiga tu, mesti dah terror masak Kari Macam Orang Kahwin ni kan, hahaha..


Kalau ada Kari Daging wajiblah diiring dengan Daging Kicap ni. Daging tu kan PI dah siap hiris, Sk ambillah sikit letak dalam mangkuk dan tuang kicap XXX goodies pengantin yang Sk pindahkan dalam botol kicap Cap Kipas Udang tu. Lepas maghrib tu suruhlah PI tolong gorengkan, tapi macam pekat sangat dan masin, Sk tanya, PI tambah kicap ke? Dia kata, tak. Haaa.. memang berbeza ya rasa Daging Kicap ni kalau tak guna kicap kayangan, Tapi, Sk diam aje la, tachooottttt nak cakap, hahaha.


Kari Daging dan Daging Kicap.



Bekalan makan tengahari hari ini.



Pagi-pagi terus panaskan nasi dan macam biasalah, tenggek jer kari daging yang Sk dah asingkan siap-siap secukupnya untuk bekal hari ni dalam pengukus letak atas periuk nasi. Sk kan kalau masak memang untuk dua tiga kali makan terus, hahaha. Tengoklah, kalau malam ni PI kata nak makan nasi, kita panaskan jer kari daging dan goreng ikan kering takpun telur mata bubuh kicap. Lepas tu bolehlah lipat kain sambil tengok k-drama. K-drama apa yang Sk layan sekarang? The Whirlwind dan Ms Night and Day. Satu genre politik, satu genre komedi, dua-dua boleh masuk kepala dan dua-dua suspens, hehehe.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pekat likat kari, cecah roti jala sedap tu..
    Comel nau bekal tu Kak..

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sihat hendaknya.. ameeennn..

    sedap sangat nampak lauk karinya..

    ReplyDelete
  3. Oh rasa kecapnya memang beda sangat ya kak? Lihat dr foto memang pekat sangat hitamnya 😄

    ReplyDelete
  4. Apa kata SK share jugak resipi kari macam orang kahwin tu kat sini hihi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!