ASAM PEDAS TETEL TERSEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM nampak Mak Cella masak Asam Pedas Tetel, teringat tetel sendiri yang dah lama membeku dalam freezer. Tup tup, petang semalam, Pak Inche telefon beritahu dia belum makan nasi dan minta masakkan Asam Pedas Tetel. Terus suruh Iman rendamkan tetel (defrost), harap-harap cukuplah stok cili kisar dalam esbox sebab malas nak proses cili kering dan bawang.




Sampai rumah terus sinsing lengan. Iman dah masak nasi jadi terus jer boleh bersilat di dapur. Tengok stok cili pun rasa-rasa memang cukup sangat. Ambil serai, lengkuas dan halia dalam freezer, rendam sekejap. Panaskan minyak, terus tumis bahan kisar. Dah jadi kebiasaan bagi keluarga Sk ni, kami akan giling (baca - kisar) siap-siap cili kering bersama  bawang banyak-banyak sebab kebanyakan lauk kami ni asam pedas dan sambal tumis, jadi bila nak masak tu bahannya dah ada. Tu yang bercinta nak masak kalau stok cili kisar dah habis.

Tengok gambar, terbayang kolesterol ek! Sukatan Pes Asam Pedas dan Sambal boleh tengok DI SINI.




PI singgah kedai beli tauge. Dah maghrib, memang tak dan lah nak buang ekor tauge. Untuk rencahnya Sk cuma tumis bawang merah besar separuh dan 2 ulas bawang putih serta cili hidup, masukkan tauge dan tabur garam, kacau kilas sehingga tauge layu sedikit.
 



Wajiblah ada telur dadar. Pukul 3 biji telur bersama separuh bawang merah besar dipotong melintang dan cili hidup serta garam. Kemudian tuang dalam minyak yang cukup panas untuk mendapatkan tekstur telur dadar yang gebu. Nampak tak, bawang besar merah tu, separuh guna masak tauge,  separuh guna masak telur dadar, hehehe. Cili hidup pun dah rupa cili kering lama sangat tak masak.




Ada beberapa rakan muka buku yang beritahu mereka tak mahir masak asam pedas, tapi bila Sk tanya, sambal tumis pandai masak, tak? Pandai, jawabnya. Haaa...kalau pandai masak sambal tumis, bolehlah tu masak asam pedas, bezanya cuma tambah serai, lengkuas dan halia, yang tu tak payah kisar pun tak apa, campak aje dalam periuk sekali masa menumis tu
 Kemudian, masukkan air secukupnya, kalau macam asam pedas tetel, daging atau ayam, janganlah cair sangat. Begitu juga jika nak masukkan ikan, tengok pada jenis ikan tu, kalau ikan kembung, ikan merah, siakap atau selar bolehlah kurangkan kepekatannya tapi kalau nak masukkan ikan mayong atau pari, jangan cair sangat. Nak lagi umph, boleh tambah lada hitam tumbuk. Kalau suka nak letak gula, jangan letak banyak, tapi macam Sk memang tak masukkan gula dalam masakan kecuali masak sambal. Asam pedas tetel ni Sk masak dalam periuk noxxa, jadi, lepas siap tumis atas dapur, Sk masukkan bahan tumis dan tetel dalam periuk noxxa, dah boleh tinggal. Kenapa tak tumis terus dalam periuk noxxa, sebab kepanasanmya tu tak boleh nak kawal, risau cepat hangus.

Asam Pedas Tetel


Bahan-bahan :


1 kg tetel

1 senduk minyak masak untuk menumis

3  senduk Pes Cili dan Bawang Kisar

2" halia (dipecahkan)

1" lengkuas (dipecahkan)

2 batang serai diketuk

1 sudu pes asam jawa

1 keping asam gelugor

1 cawan air atau secukupnya

3 - 4 helai daun limau purut

Garam secukup rasa


Cara Memasak :


1. Panaskan minyak masak, kemudian masukkan pes cili dan bawang kisar, tumis bersama serai, halia dan lengkuas hingga terbit minyak.


2.Masukkan tetel dan bahan siap tumis tadi dalam periuk noxxa, kemudian setkan mode HP 35. Letakkan tombol periuk pada pressure. (Elok empuk tetel tu, taklah sampai hancur set HP 35)


3. Apabila selesai, lepaskan wap, buka periuk. Tukar mode stir fry, tambah sedikit air, garam, asam gelugor dan pes asam jawa serta daun limau purut.


4. Renihkan sekejap, kemudian off mode stir fry. Siap!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak aci ni... Nak kena pi cari tetel jugak ni hihi...

    ReplyDelete
  2. lapar la tgk asam pedas tetel tu...bila menu asam pedas wajib ada telur dadar br ngam

    ReplyDelete
  3. Baca dan tengok gambar pun dah terliur. Kalau ada telur masin tu, mesti tak toleh kiri kanan menghadap lauk ni 🤤

    ReplyDelete
  4. rumah ammi pun memang tiap 2 minggu sekali ammi proses siap cili blend ni. sonang kojo laki den nak masak. kalau dia yang buat karang besepah biji cili kat sink, kat lantai, kat tempat sidai mangkuk. sakit ati titew tengok

    ReplyDelete
  5. Sabtu lepas makan asam pedas tetel adik ipar masak tapi x nampak tetel, x berapa sedap di tekak SAa sebab SA pernah makan lagi sedap..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!