Assalamualaikum WBT
SEMALAM Sk bawa bekal sarapan, Bihun Tomyam. Sampai-sampai pejabat terus buka bekal sebab nanti kalau dah sejuk tak sedap pulak, kan. Bila dah sarapan berat tu, agak lambat jugak nak lapar, biasa Sk tak sarapan, pukul 11.30 Sk akan ke kantin beli nasi campur. Gedebak-gedebuk pukul 12 tu rasa macam dah lapar tapi kompom budak dah ramai nanti malas nak berebut nak pilih lauk. Tetiba ada panggilan masuk, terdengar suara Che Li di sanun, ajak makan di Warung Ayam Goreng Dapur Kayu.
Warung Ayam Goreng Dapur Kayu ni dekat jer dengan pejabat Sk tapi ia bukan port pilihan Sk untuk datang selalu. Pertama, lokasinya di tepi jalan yang sibuk. Kedua, lauknya bukan favourite, cuma ayam goreng dan kuah asam pedas atau kari, dihidang bersama acar jelatah. Lebih baiklah Sk makan di kantin kolej, kan. Paling-paling jika kantin tutup, Sk beli nasi campur di Warung Mak Yah iaitu Kantin Zaini (berhampiran kilang Apollo). Takpun, Sk tapau nasi ambeng Mak Ana di Bandar Baru Uda.
Tapi ni, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la. Rezeki jangan ditolak, gituhhh. Tak reti sangat cara nak buat pesanan dekat sini. Suruh Cik Ani jer la order, uishhh, sampai 4 ketul ayam goreng diambilnya, meratah aje la. Kuah asam pedas dia kosong aje, teksturnya lebih mirip kepada sambal cair. Yang penuh nasi sepinggan tu pinggan Sk la, banyak betul kakak tu cedukkan nasi. Yang nasi sikit tu pinggan Angah, lebih separuh nasi dia bagi Che Li sebab Angah kata dia baru lepas makan.
Bukan senang ni nak sama-sama lunch kat luar hari kerja. Kalau hari cuti lagilah masing-masing sibuk dengan urusan keluarga.
Terima kasih ya tukang belanja. Semoga Allah swt melimpahkan lagi rezeki wang dan kesihatan buatmu sekeluarga.
Lepas makan terus balik pejabat masing-masing. Kalau ikutkan hati nak aje balik rumah terussss.. hahahaha!
Simple ya kak lauknya😄. Terkadang pun saya suka lauk begini, yg penting sambal pedas. JD kalo sambal kurang pedas, agak kureeeng sikit ðŸ¤
ReplyDelete