Assalamualaikum WBT
MASA menginap di Ideas Hotel KL hari tu, Sk perasan, Pak Inche kerap ke bilik air. Sekejap-sekejap pergi.. sekejap-sekejap pergi, macam ada sesuatu yang tak kena. Sk pun tanya, PI mengaku asyik rasa nak buang air dan ngilu gitu. Sk risau kot itu gejala penyakit batu karang. Teringat dulu Sk melawat arwah nenek ayah yang dimasukkan ke Hospital Pontian kerana sakit batu karang. Sk kecik lagi, tak faham lagi apa penyakit batu karang tapi Sk tak boleh lupa makan nasi hospital dalam tray warna biru cair tu, macam sedap betul, hahahaha. Jamah seorang sikit, kan.. tu agaknya rasa sedap sangat, hahaha.
Sk ni bab nasihatkan orang pergi klinik atau hospital memang pandai, tapi sendiri penakut, hehehe. Sk suruh PI segera ke klinik bila balik Johor sebab takut kalau betul-betul batu karang, nanti jadi besar dan kena bedah. Kalau peringkat awal, doktor boleh bagi ubat untuk pecahkan batu tu yang akan keluar bila kita buang air kecil. Ni Sk baca dan dengar cerita orang, bukan fakta ya, maaf jika ini sebenarnya auta, huhu. Jadi, lepas check out hotel kami terus balik ke Johor padahal plan asal konon nak singgah Melaka. Sampai JB, terus tuju ke klinik ESihat di Bandar Baru Uda. Rupanya, PI kena kencing kotor. Doktor bagi ubat-ubatan seperti ubat demam, ubat sakit perut, antibiotik dan serbuk untuk dibancuh dalam air dan diminum. Alhamdulillah, nampaknya PI dah sembuh tak lagi mencicit-cicit lari ke bilik air, dahlah kena ACL.
Selesai urusan di klinik, barulah pergi cari makan. Agak buntu jugak sebab dah petang, mana nak cari Nasi kemudian teringat Restoran Al- Anisah ada nasi ayam, tapi tutup pulak. Naik angin la PI, sekejap kata buka sampai pukul 8 malam, tapi bila kita datang siang pun tutup jugak. Lalu kami ke Restoran Budak Siew Mai. Pesan dua pinggan nasi ayam dan Chee Cheong Fun, lepas tu terus suruh PI makan ubat demam dan sakit perut yang perlu diambil tiga kali sehari.
Malam tu, tak keluar makan, susah sebab PI asyik nak pergi bilik air dan pundi kencing lemah. Sk goreng nasi campak udang tiga ekor, jadilah Nasi Goreng Udang, hehehe. Nasi tu taklah banyak tapi pelik, tak habis pun makan dua orang, bakinya Sk simpan dan esok pagi panaskan masa sarapan tambah telur separuh masak, bancuh teh o panas secawan dan coklat panas untuk Tuan Tanah Kedaung!
Semoga PI dah sihat sepenuhnya...SA ni baru je nak sihat..tapi masuk office demam dan batuk teruk semula..nampak sangat ventilation office x bagus...
ReplyDeleteGWS PI...
ReplyDeleteBaru ni ada juga member kami kena batu karang :(
Main campak² pun nampak sedap nasi goreng tu SK 👍
Semoga PI cepat sembuh. Penat ulang-alik bila kena kencing kotor, dah la nak kencing pun rasa ngilu sgt2. Biasanya saya kena kencing kotor bila tak cukup minum air. Kena banyakkan minum air suam jugak utk singkirkan kuman tu dari pundi kencing.
ReplyDeleteMoga Allah kurniakan kesembuhan buat PI.
ReplyDeleteSyukurlah bukan masalah batu karang.
sbb dh mkn nasi ayam lewat tu yg tk abis kot nasi goreng walaupun tk byk ..maybe dh kenyang ...smoga cpt baik PI
ReplyDeleteKencing kotor ini mungkin sama dengan ISK ya (infeksi saluran kencing) ? Yg penting PI rutin minum obat, insyaallah membaik. Teman saya ada yg pernah kena pula. Salah satu penyebabnya, suka menahan pipis.
ReplyDeleteSaya pun agak seram juga, Krn terkadang kalo sedang travel, dan melihat toilet jorok, saya prefer tahan kencing 😅. Padahal memang tak baik.
Moga PI cepat sembuh sepenuhnya.
ReplyDeleteSedapnya nasi ayam kukus / rebus tu. Ditambah pulak dengan Chee Cheong Fun kegemaran kita tu. Tumpang jamu mata ye SK.