KARI IKAN MERAH & SOTONG GORENG KUNYIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


KALAU ikutkan rancangan asal, lepas balik dari KL masa birthday Cikwa tu, Sk dan Pak Inche nak bermalam di Melaka dan cuti Sk ahad tu pun dah lulus tapi sebab PI tak berapa sihat, kan, kami terus balik ke JB. Sk ingatkan nak batalkan cuti dan masuk kerja hari ahad tu tapi, malas pulak, jadi teruskan sajalah bercuti, hehehe. Bila dah duduk di rumah dan PI pun tak ceria macam selalu jadi marilah kita memasak untuk lunch.



Dalam freezer ada ikan merah tiga potong dari bahagian tengah badan sehingga ke ekor yang PI beli kat Pasar Tani. Sk cakap dengan PI, Sk nak masak kari. PI cadangkan tambah lauk Sotong Goreng Kunyit.



PI buat Sambal Belacan.




Memang mantap gandingannya nih

Kari Ikan Merah
Sotong Goreng Kunyit
Sambal Belacan
Ikan Goreng 

Ikan tu dua keping masak kari, sekeping goreng. Yang masak Kari, bahagian badan, simpan dalam esbox kotlah boleh makan esoknya pulak. Tapi, esoknya tu PI ajak makan kat luar, maka bertapalah  kari ikan dalam esbox..




Semalam, ada nasi lebih yang dimasak malam sebelumnya, jadi, marilah kita bawa bekal.




Panaskan lauk kari ikan. Bubuh Sambal Belacan dekat tepi nasi. Makan kari ikan nak kena ada sambal belacan barulah sedapppp!

Burppp.. Alhamdulillah 😋

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kari ikan mmg syahdu betul kalau makn dengan sambal belacan. makan dengan cencaluk pedas pun layan juga

    ReplyDelete
  2. Ikan merah tu kegemaran Firdaus. Sotong kesukaan Encik Suami. Saya suka sambal belacan. Kenapalah SK tak minta mambang hantar sikit ke LD.

    ReplyDelete
  3. Ikan merah baru beli di pasar semalam, belum masak. Tapi plan nya nak buat kari juga
    Sotong goreng kunyit pula baru masak malam tadi.
    Macam sama pulak menu kita :D

    ReplyDelete
  4. Perghh sedap bekal gitu yaaa.. Moga PI cepat sihat yaa ..

    ReplyDelete
  5. sedap kari simpan semalaman....ikan goreng panas makan dgn sambal belacan...mmg yummy..

    ReplyDelete
  6. Salut PI pandai buat sambal belacan. Suami saya disuruh buat sambal belacan, bisa kacau dunia rasanya 🤣

    ReplyDelete
  7. Kari ikan ni kalau disimpan dia jadi lagi sedap. Elok juga tu boleh bawa bekal. Nak cubalah nanti makan kari dengan sambal belacan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!