Assalamualaikum WBT
SATU hari ni duduk rumah asyik makan.. makan.. makan. Anytime is makan time. Bukan lapar sangat tapi sayang tengok banyak makanan tak habis dalam peti ais!
Pagi, bancuh dulu kopi coklat panas. Yesss, Sk campur Serbuk Coklat Aik Cheong dengan 1 pek serbuk nescafe yang dapat setiap kali bermalam di hotel. Kenyang la dalam sejam, lepas tu panaskan nasi goreng daging tu adalah lagi dalam 4 sudu kot dan Roti canai pasar malam ada lebih sekeping, Sk buat roti tampal. Yang tak tahu, roti tampal tu ialah roti tampal dengan telur mata, panaskan dulu kuali, pecahkan telur sebiji lepas tu terus tampal roti canai atas dia, jadilah roti tampal, hehehe.
Tengah menampal roti, dengar telefon berdering, Angah call tanya pergi kubur ke tak? Jika pergi, singgah la rumah dia makan Nasi lemak. Sedih lah, tak pergi kubur sebab Iman guna kereta, hanya mampu kirimkan doa dari jauh dan tidak pernah lupa setiap hari. Sebab tak pergi kubur, tak dapatlah makan nasi lemak Angah. Angah nak hantar tapi Sk kata, tak usah, di rumah ni pun banyak makanan nak kena habiskan, hehehe.
Dekat pukul 2 petang baru rasa lapar, masak tomyam la senang. Teringin nak sambal sardin benonyer tapi sardin pulak tak ada. Guna ayam dan sotong serta habiskan saki baki putik jagung dan bunga kubis. Sk tak guna pes tomyam kali ni sebab nak makan tomyam jernih (putih). Sk kongsikan cara masak tomyam putih, bolehlah nak guna ayam sahaja ke, sotong sahaja ke atau nak masukkan udang. Kalau masukkan cendawan pun sodappppp!
Tomyam Putih
Bahan-bahan :
Ayam, Sotong, Udang, Cendawan
Putik Jagung, Bunga Kubis, Lobak Merah
1 batang Serai diketuk
1" Lengkuas dipecahkan
1" Halia dipecahkan
2 batang Pokok ketumbar
4 helai Daun limau Purut
7 biji cili api dipecahkan
1/2 labu bawang besar potong baji
1 Kiub Pati Ayam
1 tsp Garam
2 1/2 tsp Gula pasir
Sedikit sos ikan
2 senduk Jus limau nipis (Sk guna yang siap dalam botol)
Cara Memasak :
1. Didihkan 1/2 periuk air bersama serai, lengkuas, halia, pokok ketumbar dan daun limau purut.
2. Masukkan ayam, bila ayam dah bertukar warna, masukkan sotong.
3. Masukkan sos ikan, kiub pati ayam, garam, gula dan jus limau nipis.
4. Masukkan cili api dan bawang. Biar mendidih hingga bawang layu, siap!
Jangan lupa goreng telur dadar sebelum makan!
Tom yam putih resipi sendiri lagi sedap kan SK.
ReplyDeleteTernyata tak susah2 amat buatnya yaa kak, Krn saya selalu pakai paste Tomyam 🤣. Mikirnya dah ribet, susah dll lah kalo nak buat Tomyam tanpa paste 😅ðŸ¤. Saya save lah resepnya, nak buat juga. Tinggal beli jus lemon dulu
ReplyDelete