MAKAN NASI LEMAK CIQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT


PAK INCHE penggemar Nasi Lemak. Hari-hari makan nasi lemak pun boleh, lagilah kalau Nasi Lemak Daun Pisang, memang dia pantang jumpa. Kalau dengar cerita ada nasi lemak sedap di mana-mana, mesti dia cari. Kalau sarapan pagi ketika bercuti di hotel, nasi lemak juga yang diterkamnya dulu sebelum makanan lain. Tapi, tengok jugaklah. Kalau NL kedai mamak, dia memang tak nak 😄. Di mamak cuma boleh makan makanan mamak 🫣.




Ini kali ketiga sebenarnya kami ke Nasi Lemak CIQ tapi yang kali ketiga ni la baru dapat makan, hahaha. Sejak tahun lepas la plan nak makan NLCIQ tapi selalu tak jadi sebab tak larat nak keluar malam-malam, jauh pulak tu  dekat Kampung Melayu. Ceritanya NLCIQ ni mendapat namanya kerana dulu berniaga berdekatan Kompleks Imigresen dan Kastam. Nasi yang dibungkus dalam daun pisang dikatakan membuatkan aromanya menjadi idaman ramai. 

Kali pertama datang tu, baru jam 9.45 malam,  kedai buka 10.30 malam. Nasi belum kering kami dah sampai. Nak buat pesanan dulu siap-siap pun tak dibenarkan, jadi kami gerak lu!


Kali kedua datang, belum 11 malam tapi manusia dah beratur panjang. Masa tu pulak hujan renyai-renyai. Masuk jugaklah barisan tapi tak sampai 5 minit, Sk ajak balik sebab risau dari beratur 5 minit jadi 50 minit, hahaha. Lagipun dalam JB aje, nanti bila-bila boleh jer datang lagi. 

Tak serik-serik, datang lagi kali ketiga. Jarum jam lagi 23 minit nak pukul 12 malam. Kali ni  dengan penuh tekad dan semangat akan beratur sehingga ke titisan nafas peluh terakhir, hahaha. 



Tak sempat nak ambil gambar sana-sini tiba-tiba dah sampai depan. Orang beratur depan kami suruh isikan borang aduan pesanan. Pilih siap-siap nak makan nasi lemak dengan lauk apa? Nak makan dengan telur dadar ke telur rebus? Nak lauk ikan ke udang? Ayam ke daging? Paru pun ada, nak ke? Gituhhhh!

Tapi, kan.. harga makanan kat bunting (yang dipamerkan) tak sama pulak dengan harga makanan dalam borang pesanan. Malas nak bantah, kita bayar ajelah, benda nak makan.




Tiba dah sampai kaunter, tak sempat nak fikir lama-lama. Sampai kaunter serah borang pesanan lepas tu pilih air dalam esbox. Tak ada pekerja bancuh minuman, pilih jer minuman dalam tin. Tapi, macam tak ada air mineral, ke tak perasan, hahaha. Patutlah Sk tengok, semua worang minum air tin 😄.



Kemahen eh orang tu minum 7 Up. Untuk kita dia pilihkan Ice Lemon Tea, bijak.. bijak. 



Semua pesanan makanan akan dihidangkan ke meja. Kalau yang tapau, tunggu dia panggil nama. Boleh tahan lama jugaklah menunggu
 Sk cakap dengan PI, datang jauh-jauh takkan nak makan sebungkus. Nak makan dua bungkus, macam tak larat. Jadi, kami ambil tiga bungkus, lagi sebungkus nanti makan kongsi.




Pilih lauk Paru Sambal. Ambil satu mangkuk aje. Ayam Goreng tak nak, kata PI.  Uishhh, penat jer datang jauh-jauh tak makan Ayam Goyeng!
Sedaplah Paru Sambal tu. Tak keras, sambal pun sedap.



Nasi lemak dibalut daun pisang sepenuhnya.


Kami ambil NL Telur Rebus. Telurnya separuh, besar juga. Tapi.. sebab dia lepas balut tu terus hantar ke meja dan kita terus makan, rasa dia macam makan nasi lemak dalam pinggan jer. Tak ada Aroma daun pisang. Rasa nasi lemak pun biasa-biasa, sambal pun tak kick! Tengah-tengah makan, hujan turun rintik-rintik. PI ajak balik, nasi lagi sebungkus kami tapau. Kami fikir agaknya sebab nasi tu baru bungkus jadi tak berapa rasa dia, tapi yang kami tapau dan melalui 30 minit perjalanan pun biasa aje. Tak boleh lawan Nasi Lemak Legend dan Nasi Lemak 222. Orang lain, mungkin lain pula pendapatnya. Tapi, suasana di NLCIQ ni memang best ya, Sk suka! Hurmmm, kat JB ni kan best kalau ada port macam Nasi Lemak PJ Jalan 222.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!