DUA TIGA KALI MAKAN DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


NAMPAKNYA Pak Inche dah tersampuk dengan Restoran Nasi Ayam Hainan Makanan Cina Muslim pulak. Tak serik makan dalam gelap hari tu, diajak Sk pergi lagi makan di restoran yang terletak di Taman Senai Utama ni. Sk layankan, adik yang ambil pesanan tu siap dah kenal kami walaupun baru datang kali kedua. Dia kata, hari tu pun duduk meja ni (meja sama) juga.





Tak sabar-sabar nak makan walaupun dah pesan banyak kali, Camera Eat First. Dia cuma menurut perintah kalau Sk yang belanja 😄. Ni PI makan Cantonese Kuey Teow.






Sk pulak makan Hot Plate Yee Mee. Susah betul ambil gambar makanan dalam gelap ni. Kami duduk luar kedai yang kurang pencahayaan.




Dapat jugaklah rasa Nger Heong ni. Hari tu batalkan pesanan sebab macam dorang tak sempat nak buat. Pelanggan ramai dan black out pulak masa tu.


Ni malam tadi pulak, datang kali ketiga dan kali ini bertiga dengan Iman. Sebenarnya, dalam beberapa hari lepas pun PI ada mengajak ke sini tapi Sk menolak. Yang ni Sk pesan Fried Prawn Dumpling, sedap.. tapi kekurangannya cicah dengan sos cili bukan garlic chilli oil. Empat ketul ni tak silap RM5.50.


Sk pesan Mee Kari Nyonya dan minta kurangkan santan tapi staf yang ambil pesanan beritahu, kuah tu memang datang dari kilang macam tu. Pelik jugak bila dia sebut kilang tu, agaknya sebab restoran ni kan ada cawangan, jadi nak kekalkan standard makanan, ada kilang khas yang keluarkan produk dia. Tak serik, onz ajelah, santan pekat pun.


PI dan Iman makan Nasi Ayam. Nasi Ayam ada pelbagai pilihan, nak ayam steam ( Hainan), goreng atau roasted.  Boleh add on sayur, sambal, sup, nasi juga macam di restoran nasi ayam yang terkenal tu. 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantonese Kuey Teow tu nampak mengancam betul huhuuu..

    ReplyDelete
  2. Bukan sekadar nasi ayam hainan, macam-macam boleh dicuba kat sini ya 😋

    Maksudnya mi kari tu dimasak guna pes mereka. Barulah sama je rasa masakan di semua cawangan.

    ReplyDelete
  3. Takut Mi Kari tu dia guna pes siap ke? Selalu kedai begitulah bukan homemade dia buat kan? Macam lama Lin tak makan nasi ayam Kak, tiberr terasa plak nak makan..

    ReplyDelete
  4. hot plate tu nampak sedap...linda memang suka hot plate

    ReplyDelete
  5. Dumpling Udang tu nampak sedap 👍
    Rasanya byk kedai yg bercawangan ni ada centralized kitchen. Nanti dihantarlah ke cawangan²nya tu...

    ReplyDelete
  6. Best nampak dumpling udang Tu..terus teringin

    ReplyDelete
  7. Sedapnya fried prawn dumpling tu SK!

    ReplyDelete
  8. Nasib baik kali ini tak mati lampu lagi ya kak 😄👍. Sedap semua sepertinyaaaa. Kapan lah saya main ke JB nih, kuliner2 yg kakak coba semua tempting sangat 😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!