Assalamualaikum WBT
Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.. malam tadi dapat berita kematian bapa kepada seorang pelajar kolej. Pagi tadi, Sk dan Naza ingin menziarah tapi tak jadi sebab jenazah telah dikebumikan dan keluarga pelajar tersebut tiada di rumah kerana beberapa urusan. Tak jadi melawat (kematian), kami berdua pergi brunch di D'Kopitik House, Damansara Aliff.
Cara membuat pesanan mudah, tulis nombor kod makanan dan minuman dalam kertas pesanan yang dihantar ke meja bersama menu. Tapi tu la, cuma ada menu pelbagai jenis roti bakar dan nasi lemak sahaja.
Naza pesan nasi lemak ayam goreng berempah dan Ice Lemon Tea. Kopi o panas tentunya untuk Tuan Tanah Kedaung. Sedap kopinya, nasi lemak pun sedap tidak mengecewakan.
Sk cuma makan Roti Titab. Sayangnya telur kuningnya pecah pulak. Pergi mana-mana makan roti titab memang tak boleh lawan pelopor roti titab di Kopitiam Kita, Kota Bharu, Kelantan. Setahu Sk nama roti titab tu juga telah dipatenkan oleh Kopitiam Kita.
Tapi, kan.. sikit sangat ek Sk makan.
Sebenarnya pagi tadi, masa isi minyak di Petronas, Sk rasa teringin pulak nak beli nasi lemak bungkus ni. Tapi, tu laaa.. nasinya okey, sambalnya macam tak ditumis dengan baik. Tu takpe, ikan bilis rasa berpasir, terus berpasir dalam mulut jadi Sk tak habiskan la, rasa kembang-kembang tekak terbayang ikan bilis dituang terus dengan serdak-serdak dalam kuali, huhu.
Sebelum pergi isi minyak tu dah pergi kantin, beli tauhu dan tempe goreng berempah makan dengan sambal kicap. Sk dah makan satu tauhu dan satu tempe. Tu la konon makan ringan-ringan dulu sebab nak pergi ziarah kematian.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh bapa pelajar kami, meninggal di hari yang baik pula, insyaAllah, Amiiinnn YRA.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
ReplyDeleteاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Cantiknya lah dia punya pinggan makan dan cawan kopi matching-matching. Instagrammable sangat. Selalu macam tulah kan, sebelum gerak kena makan dulu at least. Dua kali makan lah ni kiranya kan. Kopi O dia mengancam tekak betul. Tempe dengan sambal kicap, sodap!
Sedapnya nasi lemak tu merah menyala sambalnya.
ReplyDeletesemua nampak sedap.
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga arwah.
ReplyDeleteAlaaaa...nasi lemak pulak buat hal!
Tak bestlah macam tu kan SK.
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
ReplyDeleteooo ye ke? baru tahu yg diorang dah patenkan nama roti titab tu...
Alfatihah, swmoga rohnya dicucuri rahmat..
ReplyDelete