SARAPAN RAMAI² DI MEDAN SELERA TEPIAN HARMONI (FLAT BBKP)

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ni sarapan tiga beradik di Medan Selera Tepian Harmoni (sebelah Flat Bandar Baru Kangkar Pulai). Sk, Cikwa, Cik Ani.., Angah tak join, kurang sihat tak larat nak keluar.


Sk tiga beradik makan lontong. Lontong kat sini, lontong kampung jer la, jangan mengharap lebih, buat syarat jer. 


PI makan nasi lemak separuh dengan telur goreng. Kenapa separuh? Sebab PI makan roti telur jugak. Gambar roti telur dan soto yang Che Li makan, tak snap.


Dekat sini, sambal tumis layan diri. Bolehlah letak ikut selera kini nak banyak mana.


Pesan sate daging 40 cucuk sampai tak muat pinggan. 30 cucuk jer yang muat dalam pinggan ni.


10 sate ayam untuk Jeika, lagi 10 sate daging. Orang yang hantar sate ni terkejut tengok datang berdua tapi pesan sate sampai 50 cucuk. Masa tu yang lain-lain belum sampai lagi, hihi. Kenyang betul, rasa nak jadi tapak sulaiman jer ni, hahahaha.


Terima kasih, Cikwa banjerrrrr. Semoga Allah swt tambahkan lagi rezeki wang yang banyak lagi halal serta sihat walafiat, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn. 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Belah johor breakfast dengan sate. Belah pahang makan sate malam 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cie. Tapi tak banyak sgt yg jual pagi, ada tempat tertentu aje.

      Delete
  2. Best dapat makan sate sarapan. 50 cucuk, makan ramai-ramai cepat je habis. Nampak sedap, satenya. My peberet. 😍😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa.. lupa nak tulis situ, satunya sedap, lembut, lemak,macam berempah, memang sedap termasuklah kuah kacangnya.

      Delete
  3. Puas menyate ye SK. Balik rumah SK jadi tapak sulaiman tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi, Kak Amie. Bersengkang mata pulak kita, siap kemas rumah, cuci kain semua.. hihi.

      Delete
  4. Sedapnya makan sate pepagi... Pernah sarapan sate masa pergi Muo dulu. Best!
    Lagi satu, seronok SK dan adik beradik duduk dekat² kan, satu negeri boleh jumpa selalu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!