MASAK GULAI TEMPOYAK IKAN BAUNG SALAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


HUJAN turun tengahari ini. Petang ni ada mesyuarat jawatankuasa pendaftaran bagi Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung Sabtu ini. Tak silap ini pertama kali Sk bertugas sebagai JK bahagian pendaftaran. Eh, macam pernah aje.. tapi dah lama dah. Lepas tu asyik la jadi JK penyambut tetamu dan graduan. Pernah jugak jadi JK disiplin dan perarakan. Zaman muda-mudi dulu jadi usherer dewan dan sijil pun pernah. Dah senior ni orang bagi tugas duduk di kaunter pendaftaran pun syukur sangat. Harap masa hari konvo nanti tak hujan, la. Biar cuaca redup aje, kalau panas sangat berkicap pulak kami ramai-ramai nanti, hihi.


Semasa jalan-jalan di Pasar Pagi Seri Ketumbit di Temerloh, bulan lepas, Sk nampak ada kakak ni jual ikan salai. Tak dapat beli ikan segar, kita belilah ikan salai jer. Ada banyak jugak pilihan ikan tapi kita beli la ikan yang femes. Sk beli ikan patin empat ekor dan ikan baung tiga ekor. Sekilo RM12, bila ditimbang berat keseluruhannya 600 grams. Yang kelakar, kakak tu mintak PI bacakan timbang dan kira sekali. Kebetulan ada seorang lagi saudara tu tengah tengok-tengok jugak, dia pun laju-laju sebut 72. Hebat dia, cikgu matematik kot, hihi.


Tengok ikan salai ni, terkenang pulak, masa zaman Sk belajar dulu, Sk ada seorang kawan orang nogori yang kerap bermalam di rumah Sk pada hujung minggu jika tak balik kampung. Eh, bukan dia aje tau, ramai kawan-kawan adik-beradik Sk yang datang bermalam di rumah kami. Agaknya selesa sebab dekat rumah cuma ada ompompuan jer. Berbalik cerita pasal kawan Sk tu, dia pernah la bawakan ikan keli salai untuk ibu dari kampungnya. Kami pulak tak reti makan ikan salai. Ikan keli pun tak pernah makan. Sk ni, pertama kali makan ikan keli pun masa umur dah 28 tau. Tu pun makan isi aje. Lepas tu ada kawan yang ambil ikan Sk habiskan tepi-tepi ikan tu, hihi. Dengan kepala-kepala dia kunyah, dia kata, rugi akak tak makan bahagian ni la sedap. Sejak tu la Sk betul-betul pandai makan ikan keli cuma bab kepala ajelah Sk tolak tepi.


Cik Ani kirim tempoyak lada, Sk tertarik dengan tempoyak khas untuk masak pais ni. Iman la peminat Ikan Patin Pais Tempoyak, tapi tu la, entah bilanya nak masak, ikan patin pun belum beli lagi. Ingat nak beli ikan patin sangkar yang dijual di pasar tani jer nanti tapi kena tunggu Iman ada la. Ni dia tengah sibuk dengan gerak kerja Feskoo pulak. Lepas Feskoo la kot baru free. Yang ni sebotol RM25. Tempoyak lada pun sama, RM25 sebotol macam ni. Ada juga yang guna bekas macam taufufa dan ada jugak saiz botol yang lebih tinggi. Botol besar pemeluk pun ada, hahaha.


Biasa orang masak guna cili hidup tapi Sk guna cili kering. Pes cili ni dah siap dengan bawang merah, cara membuatnya Sk ada blog DI SINI. 

Cara memasak, Sk panaskan:

2 sudu pes cili
2 sudu pes pais tempoyak 
1 batang serai diketuk
1" halia, ketuk juga


Lepas tu Sk tambah 1 sudu lagi tempoyak biasa. Kacau kacau kacau sampai sebati (api buka), kemudian masukkan santan kara yang peket segitiga tu sekotak, tambah air 2 cawan. Tapi, lupa ambil gambar masa nak letak santan, hehe.


Ikan tadi potong-potonglah. Kepala tu belah dua.


Renehkan sambil dikacau-kacau sedikit.


Siap! Berangan nak letak belimbing buluh tapi tak jumpa pokoknya, hehehe. Nasi dah jerang awal-awal. Masak ni malam, PI takde malam tu, bertugas di Stadium Sultan Ibrahim.


Cili kering tu beli kat econsave, punyalah pedas, kalah guna cili api kampung ya dia punya pedas. Melahar betul, tapi..  Pehhh.. sedap betul lemak tempoyak pekat-pekat ni, dengan pedasnya lagi. Sk letak garam aje secukupnya, tak letak gula la sebab Sk durian kan dah manis. Itu pun tak manis, la. Cuma ikan salai tu, memang keras macam ikan kering ek tekstur dia? Sk ingat nanti dia jadi lembut, tapi tak, hihi. Dua hari la baru habis lauknya, makan sorang, kan. PI, mana mahunya nak makan lauk macam ni, hihihi.


Ikan Salai MLCA versi Angah. Rasanya ni Angah campur ikan baung dengan salai ke, atau masak baung aje ke, tak tanya pulak.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau salai Cie suka keli masak lemak. Patin salai tak berapa sangat. Baung pun tak pernah makan versi salai.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!