MAKAN DI DEL'S KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


HARI Sabtu dua minggu lepas, Iman tanya, tak nak ajak dia jalan-jalan ke? Kami pulak ada temujanji dengan plumber, nak betulkan tangki pam tandas rosak, air asyik melimpah sebab pelampung rosak kot. Janjinya tengahari, jadi petanglah kata PI kalau nak keluar jalan-jalan. Seram ui Sk nak keluar jalan-jalan petang, sana-sini sesak, dibuatnya jammed melekat macam kat Midvalley tuari, ishhhh..  tobat!


Tapi, keluar jugaklah. Ambil Iman di kolej dulu, kemudian kami pergi minum petang di Del's Kitchen Plaza Pelangi.


Ajak minum-minum aje tapi PI kata nak makan Kueyteow Goreng pulak. Tu takpa, mula kata makan kongsi-kongsi, tapi nampaknya dia yang lebih, hehe.


Ni lagi la, makan Laksa Nyonya semangkuk. Sedap LN dia.


Dorang semua minum ais, Sk minum Teh Tarik.


Aaa.. ni barulah namanya minum petang. Sk pesan Tauhu Telur.


Tapi tu la, takde rasa tauhu pun, rasa telur dadar. Tu takpe, sos dia rasa kicap semata. Sepatutnya kuah kacang. Dah rasa macam makan telur dadar letak kicap, berminyak pulak telur dadarnya. Punyalah muak makan, memang black list la tauhu telur ni jika datang lagi ke Del's Kitchen. 


Teh Tarik dia sedap la, macam kedai mamak, hehehe. Lepas tu, kami ke Aeon Tebrau pulak, Iman pujuk PI, belanja baju baru nak pakai pergi kuliah. Kalau baju plus size, dekat Aeon la yang banyak pilihan dan senang dapat saiz.


Lalu depan Charles & Keith,  Sk ajak singgah. Tuari masa long call, Izzat, Sk tengok sedihnya lahai dompet Iman. Uzur beno dah rupanya, kesian anakku, jadi, nak belikan dompet baru. Tengok orang lain bayar guna kad, qr, kita oldskul, guna cash, hehehe.


Surprised Iman bila Sk cakap nak belikan dia dompet. Iman dan baju belang memang sukar dipisahkan. Baju belang for life!


PI pulak beli blazer nak pakai untuk majlis rasmi. Blazer yang ada dah tak muat nak butang. Punyalah susah cari blazer PI, bahu dah ngam tapi perut tak ngam. Kalau yang perut ngam, bahunya pulak terlebih-lebih. Nak tempah custom, dekat RM1.5K, tak berbaloi. Akhirnya, dapat juga yang ngam bahu dengan perut sekali di Butik SmartMaster ni, harga pun berpatutan, hehehe.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul Kak. Bercinta nak keluar dengan ana-anak time weekend. Jam packed sungguh. Sudahnya tak keluar, cuti 2 hari pun terasa sekejap je.

    ReplyDelete
  2. Sayang betul tauhu telur tu, nampak je sedap tapi tak rupa2nya. Seronok la Iman dapat dompet baru ibu belanja hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!