MAKAN MALAM DI RESTORAN ZAITUNA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



MASA Long Call, Izzat Iskandar, PI tak join Makan-Makan di Restoran Zaituna. Dengar cerita Sk, dia kata teringin pulak sebab lama tak makan kat sana. Jom la kita, risau nanti jilat tapak tangan pulak, hehehehe. Tengok kereta penuh depan restoran, mesti ramai. Zaituna tak pernah tak ramai la lebih-lebih lagi malam dan hujung minggu. Ni kami datang hari Jumaat.



Alhamdulillah,  terus dapat meja. Kiri kanan depan semua ada pelanggan. Cuma belakang aje tak ada sebab belakang Sk, dinding, heheheh.


Study dulu la.. padahal nanti pesannya yang sama jugak, hihi.


Baru tahu nama appetizer masa makan hari tu ialah Tabouleh.


Selain nasi arab, ada juga pilihan lain. Kali ni kami dah plan awal, tak mahu la dua-dua makan nasi arab macam sebelum-sebelum ni.


Belum apa-apa PI dah minta extra sos harrah. Belum lagi nasi sampai, sos harrah yang sampai dulu. Punyalah banyak, macam nak buat lulur satu badan ni. Sos harrah extra dicaj RM2 semangkuk. Okeylah tu, banyak dia bagi.


Sk minum Jus Roselle, PI punya tak silap Orange Juice. Ke mango ek, lupa.. nanti kita tengok resit.


Pesan dua menu berlainan iaitu Mandi Lamb dan Mix Grill saiz S.


Mix Grill mengandungi chicken kafta, lamb cubes, shees tawwok, Lebanese Kafta dan scewers serta fries. Ada roti macam tortilla jugak dalam set ni.


Kenapa tah nasi dia macam sikit pulak kali ni. Kalau tak sepenuh pinggan dia letak. Dahlah kita nak bahagi dua ni, hihi.


Makan nasi dulu lepas tu baru makan kebab-kebab ni. Sk minta PI buatkan macam shawarma, isikan salad dan daging-daging tu dalam roti tortilla. PI makan separuh terus surrender, hehehe. Jadi, Sk makan lagi separuh shawarma PI.


Banyak lagi ayam, kambing dan tortilla pun ada lagi, kita minta kotak tapau, tapau sendiri. Esoknya tu, panaskan dalam air fryer aje. Alhamdulillah,  tak membazir. 


Oh, pineapple juice rupanya air PI, hehehe.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. biasa portion nasi arab ni byk...suka mix grill tu

    ReplyDelete
  2. sedap nampak Mix-Grilled tu...nak belajar la makan nasi arab ni...x pandai2 lagi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!