MAKAN DI RESTORAN PAK PUTRA @ MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



TAK Melaka ler jika tak singgah makan di Restoran Pak Putra yang terletak di Taman Kota Laksamana, bandaraya Melaka. Restoran Pak Putra ni diperkenalkan Along, Sk. Dulu-dulu mana ada waze, tapi kami sampai jugak. Sampai sekarang masih tak boleh lupa ada seorang pekerja dia yang berlari time nak hantar makanan ke meja, heheh. Dah lama tak nampak lagi dia, mungkin dah balik Pakistan.


Kita zoom sikit tengok ayam tandoori bergantungan. Datang sini wajib makan ayam tandoori dia seorang satu set, tak mahu kongsi-kongsi.


Dorang sentiasa masak tak putus-putus sebab ni memang menu signature restoran. Sekejap jer dah dihantar ke meja.


Sos cicah dia sedap.


Ayam dia garing di luar, lembab di dalam. Rempah perapan dia tu meresap dan sungguh sedap. Sebelum makan perah limau dulu.


Ayam dah sampai, roti nan belum.


Aaa.. sampai dah roti nan. Sk ambil Roti Nan Garlic, PI ambil yang biasa. Mula Sk nak ambil yang ada keju tapi risau kenyang sangat nanti tak habis. Baru makan asam pedas kan petang tu.


Garing dan lembut rotinya, makan cicah kuah dal. Tak cicah pun dah sedap. Makin malam makin ramai orang, asal ada pelanggan habis makan, ada pelanggan lain pulak datang duduk. Dia tak beratur sangat tapi pelanggan tak putus. 


Mango Lassi memang sesuailah diminum jika makan makanan dari selatan India atau Pakistan ni kan. Tapi tu la, Sk minta gelas besar, dihantar pulak yang kecik. Frust betul, hahaha.


Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya lama tak makan. Masa duduk kawasan perumahan lama selalu jalan pergi sini untuk makan. Datang petang tak ramai orang. Lepas itu lepak dalam kedai.
    Hehe harga semestinya sudah berbeza

    ReplyDelete
  2. teringinnya kita makan ROTI NAAN ngan ayam tandoori ni....dapnyaaa...maggo lassi tu yummy la...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!