Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH .. Dah tiba hari Jumaat. Esok dan ahad dapatlah berehat dua hari. Hurmmm.. tapi, rehat ke? Hehehehe.
Ada jualan penghabisan stock burung-burung. Burung apa? Burung puyuh la ya, bukan murai, heheheh. Ada dua jenis iaitu perap dan tidak perap. Harga burung puyuh perap, RM25 sebungkus, yang tak perap, RM20 sebungkus. Sebungkus ada 10 ekor katanya, Sk ambil yang perap, tapi yang tak perap tu lupa pulak nak ambil gambarnya. Cuma macam musykil kenapa yang tak perap bungkusannya besar dua kali ganda dari yang perap. Rupanya yang perap ni isinya cuma 6 ekor jer la. Salah info.
PI tak makan puyuh (burung). Dia kata kesian sebab tengok macam Tweety. Padahal ada jer kartun ikan, lembu, ayam, kambing.. boleh pulak makan ek.
Arahan penyediaan, goreng selama 4 - 6 minit tapi Sk masukkan dalam air fryer.
Dah lama beli dari zaman Iman sekolah ni. Orang lain semua dah pakai air fryer digital kita masih guna knob pusing-pusing, hehehe. Ni Sk set 180° selama 10 minit. Kalau air fryer masih baru mungkin boleh kurangkan masa dia.
Selepas 10 minit.
Kita terbalikkan la pulak. Kali ni set 8 minit aje.
Masak sempurna dan empuk daging puyuh. Rempah perapan dia tu rasa macam rempah sate pulak dan sedikit manis. 
Lain kali kalau ada offer lagi nak beli yang tak perap. Sk lagi suka jika diperap dengan garam kunyit sahaja.
Kebetulan PI nak makan nasi, jadi untuk PI, kita panaskan lauk Ayam Sambal dia dan Sotong Goreng Kunyit pun ada lagi. Tenggek jer atas pengukus rice cooker masa masak nasi. Mujurlah PI ni jenis orang yang boleh makan lauk semalam. Tambah telur mata letak kicap pun dah cukup bagi dia.
Burpp.. Alhamdulillah.










Goreng kunyit lagi sedap rangup rasanya...pandai2 jer...
ReplyDeletesedap buat kudapan meratah ni kak,tak jadi nak buat lauk makan nasi
ReplyDeleteburung puyuh memang feveret saya.. goreng kunyit pastu ratah sekor2 gitu..hehe
ReplyDeleteBurung puyuh ni kegemaran suami saya, tapi yang lain2 tak berapa gemar sangat. Saya pula suka kalau goreng garing.
ReplyDeleteAF kita pun jenis pulas2 gini...pakai je sampai lunyai. Ada satu lagi AF yang boss bagi as birthday present masih lagi dalam kotak. harap2 tak mereput dia kat dalam tu
ReplyDelete