MAKAN MALAM DI RESTORAN NASI LEMAK & WESTERN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



SELALU PI jadi penaja, kali ni dia minta Sk pulak belanja. Itupun sekejap nak makan kat situ, sekejap nak makan kat sana, sekejap lagi tukar kat sinun pulak. Kami ke Taman Damansara Aliff dan PI pilih nak makan di Nasi Lemak & Western ni. Ini kali ketiga ya Sk datang sini, PI kali pertama la, dia kata nak makan Mi Wantan. Eh, kat sini mana la ada Mi Wantan, sabar aje la PI ni. 


Rasa macam nak minum air sedap dan fancy lagi tapi kuciwa la sebab dia cuma guna gelas macam ni jer, dahlah mahal jugak harga air tu, gunalah gelas yang berlenggok-lenggok ke, ada kaki ke, letak bunga ke, payung ke.

Yang depan tu Mojito Sunshine (RM15.90) untuk Sk dan PI minum Calamansi Asam Boi (RM12.90), masam meraung, hahaha.


New Zealand Beef Steak pilihan PI. Murah betul steak dia ni ya, baru RM38.90. Dah siap buat pesanan tu, ada staf datang ke meja, tanya nak cara masakan steak macam mana? PI pilih medium. Elok la dia panggang tu, daging empuk dan tak siksa nak kunyah. Side dish diletak kentang goreng dan brokoli serta tomato cerry. Yang bulat-bulat tu bawang putih. Ia datang bersama sos blackpepper, blackpepper tu kita boleh rasa teksturnya.


Kentang dia sedap. Nampak macam struggle ek nak hiris daging tu. Okey jer sebenarnya saja buat susah, hahah.


Garlic Cheese Bread with Potato Leek Soup (RM12.90). Ada kelainan la appetizer kat sini. Roti tu sedappppp, begitu juga sup potato. Rasa macam Sk tak pernah lagi la makan sup kentang.


Ini antara menu baharu di Nasi Lemak & Western selain yang Sk kongsikan sebelum ini, boleh baca DI SINI.


Lamb Stir Fry Aglio Olio (RM25.90).

Rasa Aglio olio dia pedas sikit ikut tekak orang Malaysia. Jika biasanya aglio olio letak seafood yang ni kita boleh pilih sama ada nak letak daging kambing atau lembu. Kambing tu dia masak cara goreng dengan sedikit minyak dahulu sebelum dimasak bersama spaghetti aglio olio.



Nampaknya PI berpuas hati jugak tu makan kat sini. Tapi PI kata, steak dia masin sikit. Bagi Sk tak pulak terlalu masin. Itulah dia, suami isteri pun sorang kata masin, sorang kata tak. Padahal, Sk ni bukan kuat masin pun ya.


Total. Masa nak bayar ni nampak tabung untuk penyertaan lucky draw masih ada. Tapi dia tak offer pun, mungkin dah tamat kot tempoh untuk lucky draw tu. Sk pun tak menanya dan tak semak di old post.

Datang malam senang sikit nak parkir, kalau datang siang, jenuhhhhh!

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya pulak yang penat tgk potong steak tu..haha tapi Lamb Stir Fry Aglio Olio memang A tgk kaler.. dapat perah limau nipis sikit rasanya jjadi selera saya, kecur air liur dibuatnya ..

    ReplyDelete
  2. dah la tengah craving nak makan steak dengan mashed potato ni kak..tengok steak PI lagi la..harga tu berbaloi kalau sedap macam tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!