Assalamualaikum WBT
SABTU, 20 September 2025, tiba-tiba petang tu kami dah sampai Melaka. Ceritanya, hari tu sepatutnya PI bertugas di Stadium Pasir Gudang tapi bila semak jadual, sambil bersarapan di Ashoka Curry House, tiada nama petugas tersenarai. Sk kan pagi-pagi sebelum subuh dah mendobi cuma belum dikeringkan lagi. Jadi, sempatlah keringkan baju dulu separuh jalan, lepas tu, Sk off aje dryer tu dan kami bergeraklah ke Melaka ikut lebuhraya. Masuk jer highway dah mula merangkak, katanya ada kemalangan menghala ke Sedenak. Kalau dah merangkak tu, mulalah PI tersengguk-sengguk, terpaksalah Sk pulak yang memandu. Sabar aje laaaa.

Kali ini Sk demand la ya. PI ajak menginap di
Hotel Tamara, Sk tolak mentah-mentah. Sk cakap nak duduk kat
Double Tree by Hilton, hihi. Tapi, mahallah pulak sampai 500 lebih. Sk terus buat carian di TT, hotel best di Melaka, lalu fyp la Birkin International Hotel yang terletak di Klebang. Beberapa kali dah nampak Birkin ni lalu-lalang dan macam memanggil-manggil aje, kan. PI pun terus call dan buat tempahan.
Tidak perlu kad touch n go atau apa-apa kad debit atau kredit, sistem letak kereta terus mengesan nombor plate pendaftaran. Sampai di lobi, ada dua kaunter dibuka dan kedua-duanya ada tetamu, kita cubalah self-check-in. Tapi, tak boleh, bilik 1909 belum siap kata mesin ni, hehe. Dia suruh check-in di kaunter penyambut tamu.
Okey, kita check-in manual la. Disediakan kerusi semasa check-in. Seingat Sk, hotel pertama yang Sk check-in dapat duduk macam ni di Swiss Bel-Hotel Bandung, Indonesia. Kalau di Malaysia ni kebanyakan hotel yang Sk pergi kena berdiri la di kaunter tu.
Ada staf datang beri cold towel dan welcome drinks yang sungguh menyegarkan. Selalu kalau pergi pulau-pulau atau hotel review jer dapat cold towel ni.
Bilik kami di aras 13. Tingkat tertinggi tak silap tingkat 40 ke 45. Ada lif berasingan ya untuk tingkat-tingkat tertentu.
Terletak di pinggir Selat Melaka, Hotel Birkin dikatakan memberikan pengalaman mewah bertaraf dunia kepada pelancong di dalam negara dan antarabangsa. Ia direka oleh pasukan arkitek, pereka dalaman dan perancang landskap yang mentakrifkan semula seni hospitaliti dengan menggabungkan kecanggihan bertaraf dunia dan komitmen terhadap tanggungjawab alam sekitar dan sosial.
Bertambahlah koleksi pen hotel Sk tapi yang ni lawa, warna biru.
Kali kedua kot jumpa kad akses dari kayu. Hari tu hotel mana ek, kayu jugak, lupa.
Nak tengok bilik? Jommm!!
Besar giler la biliknya, nak main pickle ball pun boleh ni, hehehe.
Katil bersaiz raja dan sofa tu pun besar saiz katil single ya.
Besar sofa ni boleh baring-baring sambil tengok tv.
Rekaan dalaman yang moden dan luas. Biliknya lapang tak ada liku-liku atau halangan.
Banyak frame digantung menghiasi kepala katil.
Bilik Deluxe Suite Seaview ni ada balkoni dengan pemandangan pantai Klebang. Jom tengok luar.
Kolam renang di tingkat 7 dengan pemandangan panorama Selat Melaka dan dilengkapi dengan sundeck untuk bersantai.
Berliku Selat Melaka
Kenangan cinta pertama
Mengapa kita berjumpa?
Akhirnya kita berpisah
Mengapa kita berjumpa?
Akhirnya kita berpisah
Ternyanyi ke tu?
Boleh healing kat balkoni tapi tanak la, panas berbahang kat luar ni.
Sistem penyiraman air automatik disambungkan ke dalam pasu. Petang tu nampaklah air meleleh keluar dari bawah pasu tapi taklah sampai bertakung.
Ada pantry jugak dalam bilik.
Nak isi air dalam kettle tak perlu ke bilik air.
Kopi dan teh jenama Bon.
Minuman ringan juga diberi.
Okey, nak tunjuk bilik air ni. Kena tunjuk sebab canggih, ampun wakkkkk!
Tisu muka ni dia bagi dua kotak ya, dalam bilik air ada, dekat luar ada lagi satu.
Boleh mandi dalam bath tub atau di bawah pancuran. Tekanan air dia laju, rasa macam diurut-urut badan ni, hahaha. Ada dinding kaca memisahkan ruang mandi dengan mangkuk tandas.
Mangkuk tandas dia la yang canggih, hahahaha.
Ia gunakan bidet dalaman dan kena tekan butang untuk flush tandas. Untuk aktifkan bidet tu pun cuma tekan aje, tak perlu pusing. Tandasnya juga menggunakan sensor, dia boleh tahu la kita tengah buat apa, kecik ke besar. Kalau besar lama sikit la bidetnya bekerja, huhuhu.
Sabun badan, shampoo dan perapi rambut.
Tuala mandi dia tebal dan besar boleh buat selimut, hehehe. Tuala rambut juga disediakan. Tuala tangan pun ada.
Penimbang dan selipar tidur.
Jubah mandi.
Masih baru lagi.
Laundry bag jenis woven ni kena pakai terus jangan simpan sebab dia cepat lupus.
Seterika travel jenis wap ya. Rasa macam tak ada papan penggosok disediakan. Tak ingat sangat sebab tak gunakan.
Balik dari
makan Asam Pedas Hajjah Mona, tengok kolam dah penuh manusia. Padahal bawa swimming suit tapi PI kata, budak-budak ramai dorang kencing dalam tu, geli, hahaha. Eh,baru ni Sk tengok satu vtt tu, staf hotel mana tah, jumpa najis manusia ya dalam kolam, entah siapa punya kerja, terus trauma Sk nak masuk kolam. Tu dekat Malaysia tau, bukan luar negara.
Aaa.. tak jadi mandi kolam, mehlah kita tengok matahari terbenam.
Cantik.. tapi tak dapat tengok sampai habis tiba-tiba matahari dah dilindung awan.
Dah maghrib.
Disebabkan masih awal lagi dan masih kenyang lagi makan asam pedas, beranganlah malam tu nak keluar makan santai-santai di Pantai Klebang aje. Lepas tu rasa macam malas nak hadap jammed, nak pesan grab food pulak. Tapi lain pulaklah yang terjadi, tu nanti Sk cerita.
Penginapan kami termasuk sarapan la ya, memang Sk kalau sarapan dekat hotel sekarang takde nak diet-diet dah, kita nikmati sepuasnya tapi berpada la. Suka la tengok pinggan mangkuk sudu garfu dia semua.
Banyak jugak side dish untuk Western Breakfast dan semua sedap.
Bini sibuk lagi ambil gambar tak habis-habis, PI dah habis makan pinggan pertama, hehehe.
PI memang tak boleh la jumpa roti canai kat hotel. Lupa nak tanya PI sedap ke tak, tapi selalu kalau tak sedap dia cakap.
PI ambil Mee Kari
Sk jamah jer, ni PI makan dengan kueyteow. Lemak betul karinya, penuh kasih sayang.
Donut dia sedap tapi pastri yang lain tu biasa aje, tak gebus sangat.
Mengopilah kita. Biasa makan roti ni penutup tapi eh, tak ya.
PI ambil nasi lemak, PI kata sedap. Siap puji-puji chef, pergi mana-mana hotel susah nak jumap yang sedap sambal nasi lemaknya.
Sk ambil kueyteow goreng, popia sayur, ayam goreng singgit dan telur mata. Kueyteow tu biasa aje tapi bila gaul dengan sambal tu jadi sedap. Ayam goreng singgit sedap rasa rempahnya, popia sayur pun sedap siap ada hiasan atas dia dah macam kdrama BAYM, pulak, hihi.
Disebabkan nasi lemak tu memang betul-betul sedap, menyesallah pulak nanti kalau tak dimakan. Atas kepala Sk ni, lampunya buat silau dalam pinggan, hihi.
PI ambil buah-buahan.
Nampak Kak Amie selalu makan bubur dengan telur seribu tahun ni. Teringin nak rasa telurnya tu, yang kuning tu sedap macam telur masin, bahagian putih tu macam jeli tapi rasa telur mentah, aaaa.. gaul-gaul dengan bubur tu kunyah cepat-cepat terus telan biar masuk terus dalam perut, hihi.
Ada siew mai dan dimsum jugak tu serta popiah sambal. Kali ni memang Sk enjoy betul-betul makan.
Pakkal jer esok tu dah kerja, kalau tidak nak jer suruh PI tambah duduk lagi satu malam, hahaha.
Kolam pun dah kosong, last day cuti sekolah, esoknya dah naik sekolah.
Sebelum balik, kita tangkap lagi satu gambar. Aaaaa.. nanti kita datang lagi tau, Pak Incheeeee.
Hotel baru rupanya...macam x pernah dengar lagi...menarik ni...sarapan pun menarik...pemandangan menghadap laut tu yang mahal...dapat tengok sunset....bestnyaaa.....so malam tu SK x keluar jenjalan ye...
ReplyDeletetinggi btul hotel ni ye..nama Birkin mmg terbayang handbag kayangan la..syok dlm bilik ada bathtub
ReplyDeleteBestnya bilik luas elok selesa. Memang mood bercuti sungguh ni SK 😃. Siap boleh lepak di balkoni menatap sunset.
ReplyDeleteHidangan sarapannya banyak pilihan. Seronok makan.