MAKAN DI RESTORAN LA FAMILIA LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


DUA kali seminggu, lori sampah akan datang ambil sampah. Semalam la jadualnya. Biasanya lepas ambil sampah, tong sampah kita akan diletakkan balik ikut sempat dia aje la. Jadi, balik kerja semalam, Sk tu nak letak baliklah tongnya ke dalam sedikit supaya tak mengganggu jiran, kemudian nak cuci tangan dekat paip luar tu, eh, air tak ada la pulak. Rupanya, tak ada air la semalam. Buat carian di laman web Syarikat Air Johor (SAJ), bekalan air tergendala dari pukul 9 pagi (semalam) hingga 8 pagi (hari ini). Aisehmannn, tak ada pulak nampak notis ni viral. Harap air dari tangki aje la. Dahlah air sinki dapur dan bilik mandi di master bedroom direct dari paip utama. Jadi, nak cuci tangan ke, nak mandi ke, kena kat bilik air belakang. PI balik lambat, ada bola kat Stadium Sultan Ibrahim. Tu takpa, dia balik dekat pukul 12 malam tu, ajak check in hotel. Tak kuasa, hahahaha. Risau pasal nak pergi kerja hari ni jer, ingat kalau tak ada air, nak mandi kat office jer. Mujurlah dekat-dekat pukul 1 pagi, air dah keluar. Syukurrrr.


Hah.. tu dia punya panjang mukadimah cerita pasal air, hehehe.


Baiklah, berbalik kepada tajuk, sebelum ini Sk pernah bawa pembaca ke Restoran La Familia di Taman Tasek, boleh baca DI SINI. Tapi, nak tahu tak, dalam seminggu dua lepas Sk post entry tu, setiap kali lalu depan restoran tu, macam tutup. Lama-lama, signboard pun dah tak ada. Lama jugaklah menjadi tanda tanya, sehinggalah PI ternampak restoran ini rupanya dah berpindah di bangunan Persada Johor. Punyalah besar signboard kedai baru dia, terpampang megah kat situ. 


Hari Jumaat lepas, kami keluar makan. Buntu masa tu nak makan kat mana. Kebetulan pulak lalu depan Persada tu, ternampak restoran ni, Sk terus cadangkan ke situ dan PI pulak terus setuju. 


Mexicano Pizza (RM42)

Cuba flavour lain pulak kali ni. Selalu makan pizza kat mana-mana asyiklah ambil Beef Pepperoni, kan. Toppingnya selain isi ayam, ada banyak potongan lada benggala, jalapeno dan cili hijau serta zaitun hitam. Pedas eh pizza ni sebab ada jalapeno dan cili hijau tu la kot. Lada benggala jarang pedas, kan. Yang bestnya, walaupun dimakan panas-panas, topping dia tu tak melorot pun dari crust pizza.


Rupa paras crust pizza ni pulak macam berbiji-biji halus. Siapa yang ada tripofobia tu janganlah tenung lama-lama ek, hahaha. Walaupun begitu, crust pizza ni lembut jer walaupun di bahagian tepi yang tebal tu.


Ketuhar yang digunakan untuk membakar pizza ni diletakkan di ruang terbuka restoran.


Masa makan dekat Taman Tasek tu, kami ingat bahan apinya arang, rupanya mereka guna gas.


Beef Enchilada RM34

Ia merupakan tortilla berintikan daging lembu diletakkan di atas tomato salsa. Di permukaan tortilla ditaburkan keju kemudian dibakar. Sk rasa, mereka bakar tortilla tu dulu kemudian baru letak dalam pinggan yang ada puri tomato tu. Ada tabur parmesan cheese jugak. Tortilla tu sedaplah, panas tapi puri tomato tu macam baru keluar dari tin, haha. Selain inti daging lembu, ada jugak pilihan inti ayam (RM32), udang (RM30) dan kambing (RM39).



Pandangan dari atas. Besar tau enchillada ni, agak-agak dalam 
9" X 4" ukurannya tu.


Potong dua.


Mula tengok besarnya, tak habis boleh bawa balik. Tapi, boleh habis ek semua. Lapar kot dua-dua orang ni, hahaha.


Tergoda tengok air orang depan warna biru ada payung, tapi tak pasti la orang depan tu pesan air apa. Sk pesan Blue Ocean Mojito (RM16). Tapi eh, tak sama pulak sebab orang tu dia bagi gelas gemuk pendek, Sk dapat kurus tinggi. Yang penting sama, ada payung, hahaha. Lama tak minum air fancy-fancy, asyik la minum ais kosong, boring jugak tau, haha.


PI dia macam tu la, dok tenung menu air dari atas sampai bawah tapi nanti tak lemon, tembikai jugak dia pilih. Watermelon Juice (RM10). Jus dekat sini tak de campur air ya, memang 💯 buah. Tapi tu la, lambat betul dia hantar air ke meja, kitorang dahlah kepedasan makan Mexicano Pizza tu.


Restoran La Familia ni share partner dengan Restoran Al Damas ni sekarang. Kalau ada yang nak makan nasi Arab ke, boleh jugak, tak semestinya semua makan makanan Mexico. Boleh pilih nak makan di ruang terbuka atau ruang berhawa dingin.

Ada ruang parkir khas disediakan untuk pelanggan di hadapan restoran ni, tak perlu masuk parking dalam Persada Johor. Dekat sebelah kanan ni ada jugak ruang makan terbuka tak berbumbung, bolehlah nak santai-santai kalau hari tak hujan.


Total. Mekaceh, tuan penaja.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!