Assalamualaikum WBT
DAH beberapa kali sejak minggu lepas, Sk bersarapan dengan kuih bulan. Berbiji-biji kuih bulan pemberian client, PI bawa balik. PI pulak tak makan, hari tu Sk bagi sepotong, terkulat-kulat dia nak menghabiskan. Alaaa.. sama aje inti dia dengan kuih gendang kesturi, kata Sk. Kuih gendang kesturi merupakan kuih kegemaran PI. Eh, readers jangan percaya pulak inti kuih bulan sama dengan inti kuih gendang kesturi tau, hehe.
Terkejut Sk tengok sedepa saiz kotak Kek Bulan Seasons ni. Empat biji kek bulan diletakkan dalam kotak warna emas tu. Yang kotak hijau tu mengandungi biji kacang teratai (lotus seeds), dan Lotus Seeds Bites (cookies). Kulit kek bulan ada dua jenis iaitu original dan charcoal.
Selain kotak besar tu, ada juga dalam tin berbentuk empat segi. Yang ni semua kulit original dengan empat perisa. Sk pun tak ingat dah perisa apa sebab Sk dah bahagi-bahagikan pada mereka-mereka yang berdekatan dengan Sk. Yang jauh-jauh tu mintak ampunlah, tak dapat nak bagi.
Kek bulan Charcoal.
Yang ni inti telur masin.
Yang ni charcoal jugak bentuk bulat tapi. Yang atas tu segiempat. Charcoal lagi sedap dari yang original.
Jade Telur Masin.
Ni pulak kek bulan Lavender.
Inti duriansss. Inti dia rasa macam lempuk durian yang ibu Sk buat dulu-dulu, hihi.
Dah beberapa kali sarapan makan kuih bulan jer. Dalam kereta kalau bosan kunyahlah biji bunga teratai tu.
Minum petang pun makan kuih bulan. Jadi jangan heran kalau tengok bentuk muka Sk sikit-sikit dah macam bentuk bulan, hehehehe.
SA teringin nak rasa kek bulan charcoal tu...nampak sedap walau warna dia cenggitu ha...
ReplyDelete