NASI GORENG SOSEJ

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT


BILA PI ada tugasan bola, memang duduk rumah aje la. Kadang, ada hati jugak nak pergi Ikea ke.. kedai pinggan-mangkuk ke.. tapi tak pun. Lagi baik duduk rumah, duit pun tak keluar. Cuma jangan buka TT aje la, karang ter-check out tudung la, baju la, hahaha. Zaman now, tak keluar rumah pun duit boleh mengalir macam air tau. Jadi, kalau lalu tudung cantik ke, baju cantik ke, cepat-cepat scroll, hehehehe.


Hari ni, Sk dapat jemputan kahwin dari ketua pengawas masa Sk sekolah dulu. Jadinya, marilah kita buat sarapan di rumah. Kalau sarapan kat kedai kena keluar dua kali, tu malas. Jadi, tengahari nanti je la keluar. Mungkin lepas zuhur la kot baru gerak. Jemputannya sampai pukul 4, dekat Tampoi jer lokasinya.


Sk masak nasi goreng sosej. Nasi putih baki makan tengahari semalam ada sepinggan jer, bila dah jadi nasi goreng dapat dua mangkuk. Sk masukkan hirisan sosej sebagai rencah.


Telur separuh masak seorang dua biji. Telur gred C beli kat Jualan Kasih. Eh, tiber teringat pulak satu thread yang Sk baca pasal orang nak membeli telur di pasaraya guna mysara. Kisahnya dah beratur nak membayar, maknya baru perasan anaknya ambil telur gred A yang tidak boleh dibayar menggunakan mysara. Jadi, maknya suruh la anaknya ambil telur gred B yang boleh bayar guna mysara tu. Anaknya tak mahu, dia kata telur yang tu tak elok. Padahal gred tu bukannya elok tak elok, gred tu saiz telur. Kalau beli telur gred A yang dah nak expired pun, dibandingkan dengan gred C yang baru keluar dari buntut ayam, mana lagi elok?

Habiskan sosej lagi empat batang. Tapi satu batang jer dimakan, tu pun Sk yang makan, PI tak nak. Dia makan nasi goreng dengan telur aje, sosej dalam nasi semua dia letak tepi. Mengada betul tekaknya tu! Hahahahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama pula cerita kita hari ini SK. Kita pun dapat jemputan kahwin dari bekas anak murid. Sebelum itu, sempat masak nasi goreng buat sarapan pagi.

    ReplyDelete
  2. anak-anak suka lah kan nasi goreng makan dengan sosej ni SK , kan .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!