Assalamualaikum WBT
23 September 2025
Sk dan PI pergi makan di Napoli Italian Pizza by Chef Nan di Medan Selera, Jalan Kebudayaan, Taman Universiti.
Sebenarnya dari minggu lepasnya lagi PI dah ajak, tapi masa tu tutup pulak kedainya. Tu yang 23hb baru dapat pergi itu pun sebab PI tak bertugas di stadium. Ni minggu depan dah sibuk balik la PI sebab ada kejohanan hoki pulak.
Pizza sewajarnya merupakan menu utama di sini. Kami pesan Beef Pepperoni sekeping yang normal. Tak mahu banyak sangat kejunya nanti melekat dalam perut, hihihi.
Selain pizza ada pelbagai pilihan pasta.
Ada juga Baked Pasta.
PI nak makan steak.
Cepat jugak sampai pizza kami ni.
Tak ada menu mushroom soup sebagai pembuka selera, kita makan pizza dulu
Sedap topping pizzanya. Ada potongan kecil nenas tu buat dia lagi sedap macam Hawaiian Pizza pulak. Cuma doh dia tak begitu lembut tapi taklah keras.
Yang normal pun banyak kejunya.
Sirloin steak untuk Tuan Penaja. Mantap jugak plating walau kedainya di Medan Selera bukan restoran.
Mai jamah sikit. Sedap tapi terasa sedikit masin pada perapan daging.
Pilihan Tuan Tanah Kedaung, Spaghetti Carbonara. Ada daging salai dan mushroom yang banyak, puas makan, sosnya pun sedap.
Boleh repeat la kalau rasa nak makan western tapi malas nak masak, hihi.
Total berapa, nanti Sk cari resitnya eh. Mana tah letak, hihi.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih