MASAK SAMBAL DAGING & DAGING KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


BALIK kerja petang semalam, dari jauh Sk nampak ada khemah dipasang berhampiran rumah. Tak nampak rumah siapa, tapi memang jelas jiran dekat-dekat. Dah semakin hampir, rupanya rumah jiran Sk yang akan sambut Deepavali, isnin depan. Rumahnya berselang sebuah rumah jiran sebelah Sk. Sk fikir agaknya dia nak buat open house, tapi awal lagi, baru hari rabu. Dalam khemah, ada kerusi belum disusun, jadi masih boleh lalu. Tiada sebarang hiasan pada khemah. Seorang saudara dia sedang duduk di situ. Sk toleh ke dalam pagar terus nampak ruang tamu di dalam, ada gambar dewa mereka. Ada upacara sembahyang la kot, fikir Sk. Yang saudara dia tadi tu, lepas Sk lalu, cepat-cepat ambil kerusi letak di luar khemah, hadang tak bagi orang lalu la agaknya. Ehhh, dia fikir apa, dah tentu rumah kita kat situ. 


Tapi tak nampak pulak mana-mana ahli keluarga mereka yang Sk kenal. Kemudian nampaklah ada beberapa orang saudara mereka yang sampai. Dari cara mereka bercakap perlahan, fahamlah Sk berlaku kematian, cuma tak tahu siapa. Si bapa atau si ibu. Mereka ni ada lori, ada kereta dua tiga biji, suka letak depan pagar rumah orang. Lori dia pulak menghalang pemandangan orang nak keluar masuk lorong. Bukan satu tapi dua lori lebar dan panjang. Kalau sedara-mara dia datang, pun sama, pakai park aje depan rumah jiran. Tu la tu, malas nak singgah bertanya. Kalau ada hari perayaan, main mercun pulak tak ingat dunia. Siap bakar mercun merah tu sepanjang jalan sampai bersepah masuk rumah jiran. Kereta pun berdebu lepas tu. Manalah yang tak sakit hati kita sebagai jiran ni. Manalah nak ada hati singgah bertanya khabar, huhuhu.


Baiklah, lupakan pasal jiran tu. Kita cerita pasal Sambal Daging ni yang dimasak bulan lepas. Tarikh pada gambar 24 September 2025 (rabu). Cili kering tu beli dekat Econsave, punyalah pedas sampai pempedas macam PI pun tak sanggup nak makan, hihihi. Padahal, masa tengah nak timbang tu, staf tu dah cakap, cili ni yang pedas tapi Sk kata takpe. Ingatkan, tak la pedas sangat, rupanya melahar pedasnya.


Macam biasa, kalau ada masakan daging, mesti ada daging kicap. Bila ada daging kicap ni, dapatlah mengurangkan kepedasan makan sambal daging tu. Simple jer nak masak daging kicap style PI ni. Daging segar potong nipis, perap dengan kicap manis setengah jam. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali, masukkan daging, goreng seketika. Lepas tu masukkan bawang besar dipotong bulat dan ajinomoto. Masak sehingga bawang layu, daging pun empuk dah. Berpuluh mungkin beratus kali masak daging kicap macam ni, Sk rasa kicap cap kipas udang jer yang buat dia sedap.


Laju PI makan daging kicap tu ya, memang favourite dia. Sambal daging tu, Sk jer la yang dok mengulang makan. Takkan nak buang pasal pedas. Sk ni memang takde istilah buang lauk tak habis. Selagi elok, kita panaskan. Kalau dah tak elok tu lain cerita. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau pedas sangat..selalu linda basuh lauk nya, goreng lain...hihihi..tapi, setakat nie tak pernah la terpedas sangat

    ReplyDelete
  2. Tercari2 button nak mengomen rupa2 nya kat bawah 😅
    Daging masak kicap tu faveret kiteorg satu family jugak. Tak pernah lagi buat / makan daging masak sambal.

    ReplyDelete
  3. 2 pilihan menu daging...jrg org masak sambal daging

    ReplyDelete
  4. Ambil daging sahaja makan, nanti pedih perut

    ReplyDelete
  5. Samalah kita SK, selagi boleh dimakan tu, makan je. Sayanglah nak buang makanan.
    SK guna daging batang pinang ke? Nmpk senang je SK masak lauk² daging ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!