Assalamualaikum WBT
ANTARA kafe yang menjadi kegemaran PI, Kueh Bakor by Sugarbake. Mengenali PI, dia agak kurang gemar makan di kafe-kafe tapi sejak beberapa tahun ni macam dah boleh dibawa berbincang asalkan ada menu kegemaran, hehehe. Kueh Bakor ni banyak cawangan ya, yang terkini baru sahaja membuka cawangan di Bandar Baru Uda, bersebelahan dengan Klinik Bio Sucinas. Ni kami pergi ke cawangan Medini, Iskandar Puteri.
Sk dah beberapa kali bawa pembaca ke Restoran Kueh Bakor ni. Cara membuat pesanan di sini, mudah. Kita diberi menu dan kertas pesanan yang siap bercetak nama menu, cuma tinggal tandakan sahaja makanan dan minuman yang kita nak pesan.
Makanan kegemaran PI, Wantan Thai Soup. Untuk mi, ada pilihan mi wantan, kueyteow, bihun, mi cendol, mi telur dan suhun. PI kata, masa makan Wantan Thai Soup di Kueh Bakor Damansara Aliff tu macam tak selera sangat sebab masalah kereta yang Sk ada ceritakan DI SINI.
Pilihan Sk, Dry Wantan Noodles. Setiap cawangan Kueh Bakor ni Sk tengok cara plating dia lain-lain. Macam di Damansara Aliff, mereka guna pinggan kaca lutsinar macam orang dulu-dulu.
Mi Wantan kat sini ada isi ayam dan hirisan fishcake yang banyak. Sehingga ke suapan terahir ya masih ada lagi isi ayam dan fishcake tu, memang tak lokek letak.
Ais Jelly untuk Tuan Tanah Kedaung. Sejuk, manis, masam dan menyegarkan. Jeli tu rasa macam jeli kristal jenama Nona. Selain jeli, ada isi durian belanda secoet dan kelapa laut.
Sambil-sambil tu makan Cucur Udang. Cucur udang di Johor ni makan cicah sos cili. Ni sos cili homemade la, bukan yang readymade dalam botol. Tekstur cucur udang ni keras diluar dan lembut di dalam. Macam mana eh boleh jadi macam tu. Sejujurnya Sk lebih suka cucur udang yang lembut di luar dan dalam.
Makan berdua pun penuh meja. Cucur udang tu tak habis, bungkus bawa balik. Mi wantan licinnnnn.
Walaupun layanan tip top, tiada cukai perkhidmatan dikenakan.
Tapi tu la, dah balik baru teringat tak beli Kueh Bakornya, hehehe.
Nama cafe kuih bakor tapi bila tenguk wah macam2 ado.
ReplyDelete