MAKAN IKAN MAYONG PANGGANG KUALI @ RUMAH ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


PENAT fizikal dan mental hari ini. Tu yang tadi blog cerita 1 minit aje. Sejak pagi dah penat mengadap kesesakan jalanraya. Minggu ni, kenderaan yang melalui Setia Eco Business menghala ke lebuhraya Perling agak luar biasa banyak. Pukul 8 lebih baru dapat clock-in. Lepas tu, berarak dan hadir majlis maulid, dah selesai baru Sk berkesempatan untuk melihat perkembangan kapal yang membawa ubatan ke G. Ya Allah! Dah kena culik rupanya mereka oleh askar laknatullah. Sakit hati mengenangkan jahatnya perbuatan Ishell tu. 


@#$&£€¥√Ï€{}][√|~∆§×\!!!!



Hari tu, Angah ajak makan tengahari kat Senai. Angah cuti hari tu, Sk kerja jadi waktu rehat la keluar ke sana. Sampai tu, Angah tengah goreng ikan.


Bila tengok mangkuk lauk, eh, ingatkan Angah masak asam pedas, rupanya panggang kuali. Rajinlah masak panggang kuali ni sebab ikannya perlu digoreng dahulu. Ni Angah masak ikan mayong. Tu takpe, dia panggil makan, pagi tu jugak baru dia ke pasar. Dahlah asyik mengadu sakit badan. Kita ni orang dah ajak makan, kenalah datang. Orang kata, rezeki jangan ditolak, kan. 



Angah cakap, kat gerai ikan tu, ada dua ekor mayong jer masa tu, seekor besar sikit, Angah pilih yang besar, minta potong-potong. Tapi, masa cuci ikan nak masak, baru Angah perasan, bahagian ekornya tak ada. Sedangkan Angah dah perhati, masa orang tu masukkan potongan ikan dalam plastik, atas papan kayu pemotong tu memang dah kosong. Jadi, mana perginya ekor ikan Angah tu???

Angah kata, esok aku nak pi sana nak tanya. Aaa.. ni Sk tak tahulah jadi ke Angah pergi tanya. Jap, Sk whatsapp Angah, tanya.


Oh, Angah jawab, dia dah halalkan.. semoga menjadi amal jariah, Amiiinnn.
 


Lama tak makan sayur kacang panjang masak tumis lada kering letak telur macam ni. Dulu, arwah ibu selalu masak macam ni. Ya Allah, macam tak percaya ibu dah arwah. Dah tak dapat lagi makan masakan ibu. Tiap hari khamis mesti ibu call panggil makan. Kadang masak asam pedas la, kari ikan la, nasi lemak la.


Ikan parang goreng macam ni pun lama tak makan. Yang berlinang tu minyak gorengan ikan tu la. Memang letak sekali dalam pinggan. Nanti ceduk sikit letak kat nasi, nyummeh!


Dua keping ikan parang.


Ikan mayong goreng, Jeika makan ikan mayong ni. Yang dah letak dalam kuah panggang kuali dia tak nak sebab dah campur kuah. Tapi yang kelakar, kuah panggang kuali tu dia curah kat nasi takpe pulak. Siap dua kali tambah nasi ya.


Indah pulak tak makan sayur ni. Bagus Indah, bonda boleh makan bahagian Indah, hehe.


Angah rajin la masakkan untuk adik-adik. Sk jangan diharap. Zaman muda-mudi dulu rajinlah masak-masak panggil orang datang rumah. Ni, kerusi meja makan pun dah goyang-goyang, macam mana nak panggil orang makan? Tu takpe, malas dan tak larat dah sebenarnya. Minta ampun kakak adik. Ada rezeki makan kat kedai aje la yang senang. 


Cara masak panggang kuali ni hampir sama kaedahnya dengan masak asam pedas, cuma ikan tu kena goreng dulu. Boleh guna sebarang jenis ikan, perap garam dan kunyit kemudian goreng hingga masak, ketepikan.
Kemudian tumislah bahan tumis macam nak masak asam pedas, masukkan santan. Kuah panggang kuali ni kena pekat baru sedap. Kalau tak nak ikan, guna ayam pun boleh. Tengah merenih tu, letak daun limau purut, tak letak pun tak apa.

Selamat mencuba.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya allah sedapnya....terliur SA...tgok ikan parang goreng tu...walaweiiiiiii

    ReplyDelete
  2. Saya sentiasa berdebar-debar mengikut perkembangan setiap kali pelayaran SF ini. Memang zalim betul zionis laknatullah. Ya Allah....hanya Engkau sebaik-baik pelindung. Selamatkanlah semua yang ingin membantu rakyat Palestin yang hidup menderita.
    Tq SK. Dapat ilmu baharu masak panggang kuali.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!