SELAMAT HARI JADI, ABAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


TARIKH hari ini, 4 Oktober merupakan tarikh hari lahir, arwah abah Sk. Jika arwah abah masih ada, tahun ini usianya 94 tahun. Kalau jalan-jalan dekat bandar JB tu, Sk cakap dengan PI, kalau abah tengok pembangunan bandar Johor Bahru sekarang, mesti abah terkejut, hihi. Ialah, arwah abah Sk dulu berpengalaman memandu selama berpuluh tahun di Johor antaranya memandu lori askar, bas sekolah, bas awam dan memandu teksi juga.



Abah Sk merupakan anak jati Johor yang dilahirkan di Johor Bahru pada 4 Oktober 1931. Abah meninggal dunia pada 12 April 1993 pada usia 62 tahun kerana komplikasi jantung, kencing manis dan darah tinggi. Masa tu, Angah sedang belajar di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Sk pulak bekerja sambilan di sebuah kilang dekat dengan rumah. Cikwa dan Cik Ani masih sekolah rendah.


Dalam gambar ni, keluarga abah. Kedua-dua tok ni, kami tak sempat jumpa pun, memang dah meninggal sebelum abah kahwin dengan ibu. Semua pun dalam gambar ni dah tak ada sekarang, sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini.


Semoga roh mereka yang telah pergi dicucuri rahmat, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn. 

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semoga arwah abah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan dapat bertemu di syurga Allah. Amin.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!