SARAPAN DI KLASIK KOPITIAM LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

Assalamualaikum WBT 


MASIH belum hilang debarnya walaupun sudah dapat berita rasmi, 23 orang warganegara Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla akan dihantar pulang ke Malaysia melalui negara ketiga. Alhamdulillah,  kesemua mereka dalam keadaan selamat. Walaupun Sk pasti mereka terlalu kecewa apabila tidak dapat memenuhi misi kemanusiaan dan menyampaikan bantuan kepada penduduk G, namun yang pasti, mesej mereka sampai satu dunia. Allahuakbar!


Sehari sebelum Long Call - Izzat, Cikwa balik Johor. Sk ajaklah dia pergi sarapan di Klasik Kopitiam. Oh, budak yang kat tengah-tengah tu ikut sekali.


Zulaikha @ Jeika makan nasi lemak ayam goreng. Makan pakai tangan senang, dia kata.


Pencuci mulut, puding karamel dan yang depan tu choc cheese cake. 


Kopi Ais untuk Cikwa dan Barli Ais untuk Tuan Tanah Kedaung. Jeika minum Ais kosong aje acik.



Sk dan Cikwa sama-sama makan Lontong.


Lontong for life!

Cikwa kecewa sebab tak ada tempe dalam kuah lodeh.


Meriahhh sarapan Sk hari tu kalau tak, balik-balik sarapan mihun goreng dan lontong Kak Sab. Tapi, kuah lodeh Kak Sab lagi sedap dan banyak jenis sayuran. Terung, kubis, kacang panjang, carrot, sengkuang, fucuk, suhun, tempe dan tauhu pun banyak. Cuma Kak Sab tak ada sambal kacang dan serunding, hehehe.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!